Saturday, January 26, 2013

Siasat Kes Seks Wakil Rakyat, Mengapa?

AP - SEORANG anggota polis mengawal Alcibia (kanan) di Sucre, Bolivia pada Selasa lalu. 

Aktivis tuntut wakil rakyat disiasat kes berkaitan seks di Bolivia
LA PAZ, Bolivia: Beberapa kumpulan hak asasi wanita menuntut supaya satu siasatan serangan seksual dijalankan ke atas seorang wakil rakyat selepas satu rakaman kamera keselamatan mendedahkan beliau memaksa seorang penjaga bangunan yang mabuk melakukan hubungan seks.

Wakil rakyat itu, Domingo Alcibia telah ditahan pada Selasa lalu iaitu seminggu selepas insiden tersebut berlaku. Pihak pendakwa raya berkata, Alcibia akan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan bukan kerana merogol wanita berkenaan disebabkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian jenayah tersebut.

“Kami mendesak supaya pejabat pendakwa raya menyiasat insiden itu dan sekiranya perlu, kami akan menjadi orang yang akan memfailkan aduan rogol,” kata jurucakap Pusat Maklumat dan Pembangunan Wanita, Patricia Branez kelmarin. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau dilihat dari sudut Islam, sekurang-kurangnya ada 3 kesalahan.
  • Salahguna kuasa. Yakni kuasa sebagai wakil rakyat, dengan memaksa seorang penjaga bangunan melakukan hubungan seks.
  • Melakukan hubungan seks atau najis zna. Ertinya hal ini berlaku dalam keadaan suka sama suka. Sebab itu tiada dibuat lapuran mengenai jenayah tersebut, jadi bukan kes rogol.
  • Mabuk, sudah tentu minum arak atau mengambil sesuatu yang memabukkan.
Kalau dalam Islam, ketiga-tiga pelaku tu bersalah. Ketga-tga perlu dihukum, kalau ada yang lepas, itu hukuman yang zalim. Isimewanya Islam, ada larangan minum arak atau mabuk. Orang mabuk adalah orang yang menghilangkan akal sihat paling berharga. Akal yang mampu memneri pertimbangan wajar. Kerana itu, arak menjadi punca kejahatan. Kemungkinan hal di atas tidak akan berlaku kalau tidak ada yang mabuk.

Kerana itu arak sewajarnya diharamkan di dalam sesebuah negara, bukan hanya dadah sahaja. Malaysia sepatutnya mengharamkan arak, walaupun ia adalah bahan ketagih pemimpin-pemimpin negara yang otaknya telah dijajah peradaban barat dan jahat-bejat. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

Salam tuan haji,

bagus artikel di atas ni.

Nak tanya la,kamera video boleh ke dijadikan bukti untuk sesuatu kesalahan jenayah seks macam artikel diatas ni?

Mohon penjelasan..

Anonymous said...

Ha ah la tuan. Saya pun nak tahu. Katakanlah ada sorg wanita jadi mangsa rogol,& satu2nya bukti yg dia ada adalah dari video CCTV. Boleh ke dijadikn bukti dlm sst perduduhan seks?

Anonymous said...

Boleh nak tumpang sekaki.
Kalau betul peraturan itu (hudud) hendak dilaksanakan, kerana hal itu perkara dasar, maka Majlis Syura Ulama kena putuskan berdasarkan nas dan hukum.

Tapi dalam BN (Malaysia) tiada majlis syura ulama, yang ada Majlis fatwa dan Bhg agama. Tapi itu di bawah PM, ertinya di bawah kuasa poitik (BN)yang tidak Islamik.

Perkara itu boleh dilaksanakan dengan restu Agung berdasarkan Islam agama bagi Persekutuan.

Anonymous said...

Tak faham. Just nak tanya soalan simple sahaja,boleh atau tidak sesuatu rakaman video dijadikan bukti untuk sabitkan seseorang atas kesalahan seksual?

Anonymous said...

Boleh atau tidak sesuatu rakaman video dijadikan bukti untuk sabitkan seseorang atas kesalahan seksual?

Tanyalah ulama.

Anonymous said...

Biar aku tolong jawabkn. Ulama PAS kata tak boleh pasal video hanyalah besi yg tak bernyawa.

So,kalau ada mangsa rogol yg hanya ada bukti video macam artikel kat atas,ikut undang2 ala PAS,dia hanya boleh duduk diam je. Yg merogol tersengih je sbb terlepas..

Anonymous said...

Salam tuan haji mohd. Hasyim,

Saya nak dgr ulasan & jawapan dari tuan haji sendiri,boleh atau tidak sst rakaman video dijadikn bukti untuk sabitkn seseorg atas kesalahan seksual?

Saya tengok tuan haji boleh hukumkn sst tu salah,yg tu betul,dlm artikel2 tdahulu.. Jd saya mohon tuan haji tolong jawab sendiri soalan saya tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails