Sunday, January 06, 2013

Skandal Raja Ropiaah Libatkan Wanita Umno ...


Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah. Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong." Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.  Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.

Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC. Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.

Antara yang paling “menarik’ perhatian  ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  “The Star”.

Dengan berita yang termuat sebagai “Bakti to buy stake in Astacanggih” dan pada waktu yang sama memuatkan berita “Deepak withdraws lawsuit over land”, maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.

Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh  Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!

Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.

Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman. Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.

Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.  Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.

Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

No comments:

Post a Comment