Friday, January 18, 2013

S'ngor Sumbang RM61,000 Untuk Gaza -Dr Rani




SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada rakyat Gaza dari cengkaman tangan khianat regim Zionis Israel.

Menurut beliau, kerajaan negeri Selangor menyumbang RM61,000 untuk membina projek pembinaan makmal membuat anggota palsu (Prosthesis) di bumi Gaza.  Katanya, rombongan kerajaan Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia akan bertolak dari KLIA jam 11 malam ini dan dijangka pulang ke Malaysia pada 28 Januari nanti.

Beliau memaklumkan lebih 10 orang ahli rombongan akan berada di wilayah bergolak itu bagi menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan membangunkan bengkel pembuatan anggota palsu.

"Saya bersyukur kerana mendapat sumbangan daripada orang ramai khususnya umat Islam di seluruh negara terutama rakyat di Selangor melalui tabung-tabung di masjid," katanya.

Beliau berkata sesiapa yang berminat untuk menyumbang ke Tabung Palestine boleh terus di atas nama Yayasan Amal Malaysia di MAYBANK  (AC 553010122090)  atau   CIMB ISLAMIC (AC 14680000191108 )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails