Friday, January 04, 2013

Sup Sirip Ikan Yu, Semangkuk RM391..


AFP. LEBIH 10,000 sirip ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang di Hong Kong semalam. 

10,000 sirip ikan jerung dijemur
HONG KONG - Lebih 10,000 sirip ikan yu atau ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang memproses hidupan laut di sini semalam. Sirip ikan jerung itu dihantar ke kilang tersebut dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan. Harga untuk setiap 453.59 gram sirip itu ialah antara AS$369 (RM1,120) hingga AS$459 (RM1,393) di sini.

AFP. GAMBAR dari jarak dekat menunjukkan sirip ikan tersebut yang dijemur. 

Sirip itu dijadikan sup yang dijual di restoran mewah. Ia juga dijual di kedai-kedai ubat Cina yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kulit, menguatkan tenaga batin, mengelak terkena sakit jantung dan merendahkan paras kolesterol. - Agensi


AFP: SEBAHAGIAN daripada ribuan sirip jerung disusun untuk dikeringkan. 
Sementtara itu menurut AFD, aktivis-aktivis alam sekitar di sini meluahkan rasa marah semalam berikutan pendedahan beberapa keping gambar menunjukkan bumbung sebuah kilang dipenuhi beribu-ribu sirip ikan jerung yang baru dilapah. Terletak di selatan China, pulau ini merupakan antara pasaran sirip jerung terbesar di dunia. Sirip jerung digunakan untuk membuat sup mewah yang disajikan pada majlis-majlis bankuet dan dianggap sajian istimewa oleh ramai penduduk Asia.

Seorang aktivis, Gary Stokes yang melawat lokasi berkenaan menganggarkan terdapat antara 15,000 hingga 20,000 sirip ikan jerung sedang dijemur di atas bumbung sebuah bangunan di kota metropolitan ini.
Sirip-sirip jerung itu dipercayai sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan mendadak bahan makanan tersebut menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari depan.

"Penemuan ini mengejutkan. Tindakan menyorok sirip jerung di kawasan tersembunyi seperti ini adalah pertama kali berlaku di pulau ini," kata koordinator kumpulan pemuliharaan alam sekitar tempatan, Sea Seherperd kepada agensi berita AFP.

Sekitar 73 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun dengan pulau ini mengimport kira-kira 10,000 tan makanan tersebut sejak sedekad lalu. Kebanyakan sirip ikan itu kemudian dieksport ke tanah besar China. Sekilogram sirip yu atau jerung kering boleh dijual pada harga HK$10,000 (RM3,911) di sini, manakala semangkuk sup sirip jerung berharga HK$1,000 (RM391). (IH)

No comments:

Post a Comment