Wednesday, January 23, 2013

W/Emas Sengsara Air, BN (PM) & Syabas T/Jawab

PANDAN JAYA: Semasa gangguan air di Lembah Klang tempoh hari, seorang warga emas, Muhamad Din, terpaksa bersaing dengan penduduk lain di pangsapurinya untuk mendapat sebaldi air daripada lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Meskipun tinggal di aras bawah Blok M2 Pangsapuri Pandan Jaya, kekuatan lelaki berusia 70-an ini tidak cukup untuk beliau beratur panjang menunggu giliran dan berulang alik ke lori tanker. Kesal dengan krisis itu, beliau menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan susulan.

Muhamad terpaksa menjaga isteri yang sakit dan seorang anak kelainan upaya (OKU).

“Saya susah betul bila air tiada. Isteri saya ada dirumah pula sakit pada ketika itu. Perihal air jangan dibuat main.
“Lori tanker memang ada tapi tak dapat. Saya pun tak larat nak angkat. Mujur orang ramai bagi ruang untuk saya ambil air dulu,” katanya dengan nada sayu kepada TVSelangor dan pegawai Pejabatu DUN Cempaka yang bertemu beliau hari ini.

Muhamad antara setengah juta penduduk di Ampang, Cheras dan Gombak yang terputus bekalan air dari 29 Disember hingga ke 15 Januari. Ia berpunca daripada kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju yang diuruskan Syabas. Siasatan Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor mendapati kegagalan pam tersebut adalah disebabkan Syabas tidak menyelenggaranya dengan baik.

Muhamad berharap masalah air tidak dijadikan modal permainan politik pihak berkepentingan kerana ia keperluan harian rakyat. “Saya berharap ia (gangguan air) tidak berulang lagi.

Jelasnya, beliau menulis surat berkenaan secara peribadi tanpa melibatkan pihak lain. Lebih menyedihkan, beliau menguruskan isteri tersayang yang bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan kini berada di Hospital Ampang. Beliau menyara anak dan isterinya dengan bantuan wang pencen bekas tentera berjumlah RM1,000 sebulan. (IH)

No comments:

Post a Comment