▼
Tuesday, February 05, 2013
6 Wanita M'sia Dipaksa Melacur, Tiada Yang Bela?
MELBOURNE: Seorang wanita yang dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney memberitahu mahkamah, enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes 'perhambaan seks' perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang mereka berhutang untuk datang ke Australia.
Semua wanita tersebut dikatakan dipaksa untuk bekerja sebagai pelacur selama 20 jam setiap hari. Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010. Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.
Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata, wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus berjumlah kira-kira A$5,000.
"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.(Kosmo)
Komen Webog Ibnu Hayim: Enam wanita keturunan India yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar. Mereka hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris dan perlu bekerja hingga melangsaikan hutang kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus berjumlah kira-kira A$5,000. Bahkan ada kursus khas pula.
Mereka dipaksa, beroperasi awal di Malaysia, mengapa tiada diambil tindakan kepada sendikit pemaksa tersebut? Tiada pula yang membela di Australia bagi pihak kerajaan Malaysia kerana mereka rakyat Malaysia?
No comments:
Post a Comment