
Anggota polis melakukan sekatan jalan menuju ke Lahad Datu kira-kira 200 kilometer dari Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.
“Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.
“Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina di Jesseltion Point, di sini, semalam.
Tinjauan operasi itu turut disertai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid. Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin. Sebelum ini, kumpulan penceroboh menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal. Demikian Bernama
Sementara itu, di Hulu Terengganu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, Sabah didalangi rakyat di negara ini yang sengaja ingin negara jadi huru hara.
Menurutnya, dalang itu hanya ingin ambil kesempatan dengan memperlihat seolah-olah masalah keselamatan dan pertahanan sistem negara longgar, dan tidak mustahil situasi itu berhubung-kait dengan matlamat politik serta perangkap politik.
Soalnya, Apa tuntutan Askar Diraja Kesultanan Sulu yang masuk ke Sabah itu?
Lihat sebelum ini..
20 comments:
Tak kira apa tuntutan askar sultan sulu tu perbuatan mereka telah mencabul kedaulatan negeri Sabah dan Malaysia. Mereka ni juga bersenjata boleh memberi ancaman keselamatan kepada penduduk tempatan. Kerajaan tak sepatutnya berlembut dengan pencerobohan ini dan tindakan pengusiran perlu dibuat secepat mungkin. Kalau mereka menceroboh negara seperti Vietnam atau Republic Rakyat China ada kemungkinan penceroboh ini telah ditangkap atau dibunuh oleh tentera negara tersebut.
se patut nya tiada tolak ansur dalam kes saperti ini tapi mungkin jua askar kita takut kot?
tembak saja penceroboh tu, sekarang pun kat sabah bangsa tu jadi pengacau
Tentera dan polis malaysia tak takut cuma negara kita ni bersopan dan beradab..kalau mereka bertindak melampaui batas barulah tentera n polis kita bertindak...hidup Askar dan Polis Di Raja Malaysia..
sama2 saudara islam, psl tu rundingan aman :)
*prjnjian dgn british punca kekalutan smua ni, stahu aku hnya ksultanan brunei yg 'mnjual' borneo ni, ksultanan sulu ndk...
korang cakap runding,rundingang cuba korang bezakan dengan bersih 3.0 rakyat cuma berbekalkan air mineral da garam apa mereka dapat,air acid,bom asap, sepak terajang tak usah citer la.yang ni siap bawa senjata, masuk haram tak ada ic, boleh plk runding ini kerajaan apa ni?kerajaan beruk ke? kalau pun ia pokok dia pun beruk lain tak boleh panjat ni bukan lagi panjat mencemarkan maruah sebuah negara yang berdaulat...
Bawa mantaku kasi ampai lu tu pncoroboh..mbuk ampai2 bru umban pg bot antar pulang...negara sndiri x trurus mau myibuk ngara org..dupang na kam yan,baisab...!
mungkin diorg merasa diorg ada hak keatas sabah..sebab itu lah diorg dtg..lg pun malaysia masih membayar sewa kepada pewaris kesultanan sulu.
sebanyak rm5300..
so bermakna ni sabah masih kesultanan sulu punya..
kawasan mana jg ni suluk ckp dorg punya???? seluruh sabah dorg punya?? setahu sy (menurut sejarah) bahagian pedalaman sabah x pernah ada penjajahan berlaku(tolak jepun dan british) ini suluk cuma d berikan hak d kawasan semporna dana lahad datu oleh brunei. Orang2 sabah gatal hati sudah mau potong kepala diorg ni. pengazou,pengait,head hunter.
polis & askar langsung x takut pun.. dia org tu tunggu arahan ja. kalau perang nanti sapa susa????? RAKYAT ! Kita tiada pun senjata.. paling2 pun senapang patah??? Mau PERANG???? TIDAK LOGIK!!!!!
kalo rasa ada hak ke atas SABAH kenapa tidak dulu lag??? Y MUST NOW????
kalau kerajaan malaysia tidak dapat melakukan apa apa . biar rakyat sendiri pergi berperang . rakyat sabah n sarawak harus bergabung menyelesai kan masalah ni . harap kan semenanjung selesai kan masalah ni apa pun tak boleh . kerajaan lembab . org kpg dalam bahaya bukan diorg tahu. asyik sebok nak jadi ahli politik businesman . nak kaya diri sendiri rakyat susahkan . bodoh .
Kita tak usah emotional dalam hal ini kerana ini isu sensitif melibatkan hubungan dua negara. Kerajaan cuba menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. So janganlah nak komen secara semborono saja...
Kita tak boleh emotional dalam hal ni kerana ini isu sensitif melibatkan hubungan dan rakyat dua negara. Leave it to the authority dan jangan komen semborono saja..
Aku rase kau patut bace balik Sejarah form 2 or atas lgi... baru kau fhm nape kesultanan sulu x de hak atas sabah....
Malaysia takder askar pakai beri kuning..RELA adalah
Kat johor lagi ramai org sulu ne. Sebenarnya dorang dah lama standby sebab ada yang dah dpt PR. So mcm mana. Patutlah org sabah pun kata org sulu kt sabah ne mcm cibai nak jd gangster. Kat johor tu pun budak2 sulu dah naik tocang
Kalau ikutkan kt tanah melayu ne sabah ke sarawak ke semenanjung ke ramai sgt kaum sulu@suluk ne. Mmg dr nenek moyang dorang sampai yang baru mendatang. So terpulang la. Ikut sejarah. Sekarang zaman ipad lam bukan zaman pakai kain batik n pelikat. Kita na kemajuan n keamanan. Kebanyakan askar sulu ne dah berumur cakap ipad pun tak tau. Tu la soh belajar tak nak. Sibuk nak ulang sejarah je.
Mananya 1 malaysia??
Kesultanan sulu tuntut janji yg x dtepati.
Post a Comment