Monday, February 11, 2013

Inilah Bentuk Generasi AnakDidik BN/UMO...

Inilah generasi yang telah, sedang dan akan dibentuk oleh Kerajaan BN Malaysia...

KLANG: Pada hari cuti umum Tahun Baru Cina, kelihatan beberapa remaja berpakaian gaya seperti 'Punk' melepak dan membuang masa di hadapan Stesen Komuter Klang. Aktiviti ini boleh mendatangkan pandangan negatif kepada orang ramai dan pelancong jika tidak dibendung. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria (10/02/2013) (myMetro)

Pelesit rempit semakin biadab


SEBAHAGIAN pelesit rempit yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di Pusat Rekreasi Telaga Air Panas Selayang, Gombak baru-baru ini.

GOMBAK - Perangai biadab golongan pelesit rempit bagaikan sukar dibendung lagi apabila mereka terus menjadikan kawasan awam di Pusat Rekreasi Telaga Air Panas Selayang di sini sebagai tempat menunjuk lagak dan berkelakuan sumbang walaupun ia pernah dibongkarkan Kosmo! bulan lalu.

Lebih ketara apabila golongan yang rata-ratanya berusia awal 20-an 'menawan' kawasan itu pada cuti umum Tahun Baru Cina sekali gus menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam yang ingin beriadah bersama keluarga masing-masing. Apa yang dikesalkan, mereka bukan sahaja berbuat bising dengan memerah minyak motosikal masing-masing malah ada yang tanpa segan silu berasmara dengan pasangan yang dibawa.
Insiden memualkan membabitkan sekumpulan 25 hingga 30 pelesit rempit itu berlaku antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi semalam.

Seorang pengunjung, Abdul Hakim Abdullah, 27, berkata, kumpulan itu sering berkunjung ke kawasan riadah tersebut tanpa mengira hari bekerja mahupun pada cuti hujung minggu. "Kita datang ke sini untuk berehat-rehat dengan ahli keluarga terutamanya sewaktu cuti umum namun, kehadiran mereka yang begitu ramai menyebabkan kami berasa kurang selesa. (kosmo)

2 comments:

Sudir said...

Yang ni anak didik UMNO jugak ker??

Budak Punk

Anonymous said...

Selangor tu sape yang perintah? Aku lalu depan bebudak punk depa bercakap loghat kelate? Pas tarbiah ke? Oh.. Lupa, korang da pecat hassan ali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails