Penduduk awam bersuka ria menyambut ketibaan tahun baharu 2013 di Tugu Peringatan Abad Beijing.
DI CHINA, kini sama ada lelaki atau wanita semakin terdesak dan me-ngalami kesukaran mencari pasangan hidup kerana sibuk bekerja untuk dapatkan kehidupan lebih baik. Menyedari hakikat ini, ada pihak yang memanfaatkan peluang dengan menawarkan khidmat (?) menyewa teman lelaki.
Perkhidmatan ditawarkan secara dalam talian dan mula menghiasi laman web China. Khidmat yang kononnya terlalu sayang untuk dilepaskan begitu saja, terutama demi menjaga hati orang tua pada musim perayaan seperti dalam menymbut Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kepentingan menjaga nilai murni iaitu menghormati orang tua, yang mahukan anak masing-masing mempunyai teman dan membawanya balik ke rumah sempena Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun, keinginan ibu bapa ini memberi tekanan kepada sesetengah golongan muda di China terutama wanita yang berasa terbeban dengan harapan keluarga dan tuntutan cinta moden. Sehingga kini, lebih 300 maklum balas dipaparkan dalam laman web beli-belah terkenal di China, Taobao.com untuk menyewakan teman lelaki sepanjang cuti tahun baru. Tahun Baru Cina kali ini terkenal sebagai saat berlakunya migrasi tahunan (manusia) terbesar di dunia.
“Golongan muda memang mahu balik ke kampung halaman tetapi ramai yang rasa bimbang. Kalau balik tanpa teman lelaki atau wanita, ibu bapa mereka akan berleter panjang. Kebanyakannya akan mula sibuk mengaturkan temu janji atau mencarikan seseorang yang boleh menemukan anak mereka dengan wanita atau lelaki bujang lain,” kata Meng Guangyong, 29, dari wilayah Guizhou yang terletak di barat daya China tetapi tinggal di Beijing.
Dia antara individu yang menjalankan perniagaan broker teman lelaki sewa malah pada masa sama, turut menyewakan dirinya sendiri.
“Walaupun anda balik ke kampung untuk bergembira dan berseronok menyambut tahun baru, oleh kerana tiada teman istimewa dan disusuli usaha ibu bapa menemukan anda dengan seseorang, ia akan menimbulkan suasana tegang. Akhirnya semua orang berasa tidak gembira,” katanya.
Meng sendiri mengakui, menziarahi ibu bapa setahun sekali pada hari besar itu memang mudah tetapi mencari pasangan hidup di China kini menjadi perkara yang amat payah. Cara hidup moden di kota besar, hidup dikelilingi orang yang tidak dikenali dan terpaksa bekerja lebih lama menyebabkan jaringan sosial menjadi lebih kecil serta menyempitkan peluang untuk mencari pasangan.
Selain itu, perkembangan ekonomi yang pesat sejak beberapa dekad kebelakangan ini mengubah pandangan hidup kerana penduduk China kini lebih mementingkan kebendaan dan sasaran perkahwinan juga sudah berubah, kata pakar ekonomi dan pengulas sosial di Institut Teknologi Beijing, Hu Xingdou.
Tradisi menempel kuplet sempena Tahun Baharu Cina bermula pada zaman Dinasti Song. Orang Cina suka menempel kertas merah yang ditulis Selamat Tahun Baharu atau harapan baik di kedua-dua belah daun pintu, atau menempel bermacam-macam lukisan tradisi yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding, sebagai harapan kedatangan nasib yang baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baharu Cina di desa dan sebahagian bandar dan pekan.
Pasangan Perkahwinan
Golongan lelaki khususnya lebih merasakan tekanan dan terpinggir daripada pasaran perkahwinan yang semakin mahal belanjanya. Ini kerana selain bertanggungjawab mencari nafkah keluarga, mereka juga dikehendaki menyediakan rumah dan kereta. Pada masa sama, mereka juga perlu memenuhi syarat seterusnya iaitu mempunyai pekerjaan yang baik. Lelaki yang mempunyai kerjaya baik lebih dipandang tinggi.
Bagi wanita pula, ‘saham perkahwinan’ mereka merudum selepas melewati umur 27 tahun iaitu sebaik memasuki alam ‘shengnu’ atau ‘wanita baki’ (yang tidak terpilih untuk berkahwin muda). Ini adalah stigma sosial yang menyebabkan ramai wanita tertekan.
Kata Hu, ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berkahwin awal supaya boleh melahirkan cucu lelaki yang akan mewarisi nama keluarga dan mengelakkan anak perempuan mereka menjadi anak dara tua jika masih tidak berkahwin pada usia 28 tahun.
“Di sini tidak seperti di Barat iaitu seseorang itu boleh hidup berdikari sepenuhnya dan ibu bapa tidak campur tangan dalam percintaan mereka. Orang China sangat mementingkan pandangan keluarga. Inilah sebabnya kami mesti menggembirakan ibu bapa,” katanya.
Pada masa sama, perkahwinan di China kini mula kelihatan seperti urus niaga. Hu mengakui kewujudan perkhidmatan menyewa teman lelaki atau wanita ada kebaikannya kerana ia boleh membuat-kan ibu bapa berasa lega apabila melihat anak mereka balik ke kampung dengan seseorang.
Urusniaga
Sama dengan perniagaan lain, perkhidmatan menyewakan teman lelaki ini juga banyak syaratnya yang menyebabkan usaha mencari teman lelaki palsu sesukar mencari teman lelaki sebenar. Bayaran yang dikenakan juga berbeza-beza mengikut ‘tugas’.
Contohnya,
- bersembang (30 yuan sejam atau RM15).
- Jika keluar makan, harga makanan perlu dibayar oleh pe-nyewa selain 50 yuan sejam (RM24) untuk bayaran kehadiran.
- Berbual dengan orang tua (ibu bapa): percuma.
- Pakej sehari suntuk: 1,000 yuan (RM497).
- Pegang tangan, peluk dan cium masuk dalam kategori perkhidmatan pilihan.
- Pada satu iklan tertulis harga perkhidmatan iaitu 10 yuan (RM5) untuk pegang tangan,
- 20 yuan (RM10) bagi yang mahu pelukan
- dan 500 yuan (248) untuk bercium.
Walaupun mahukan wang, individu yang menyewa diri sendiri tetap mahukan jaminan keselamatan. Dalam satu iklan menyewakan teman wanita tertulis, ‘saya mahu wang, tetapi saya juga mahu terus hidup’. Wanita berkenaan mengenakan bayaran 15 yuan (RM7.50) sejam untuk menjadi teman ke pesta dengan syarat ia diadakan di tempat yang selamat.
Menurut Meng, menjadi broker teman lelaki bukan mudah dan ada banyak kerja yang perlu dilakukan, apatah lagi jika wanita mahukan lelaki yang tinggi, tampan dan cukup menarik untuk berlakon sebagai pasangannya supaya boleh membuatkan bekas teman lelaki di kampung berasa cemburu.
Apabila persetujuan dicapai, Meng menggalakkan pasangan ini berjumpa terlebih dulu untuk berkenalan supaya mereka boleh berlakon dengan baik di depan ibu bapa penyewa. Mempunyai teman lelaki atau wanita palsu ini bukan saja boleh menggembirakan ibu bapa tetapi pasangan itu sendiri akan berasa seronok, apatah lagi Hari Kekasih jatuh empat hari selepas Tahun Baru Cina.
“Tidak kira sama ada anda menyewa diri sendiri atau menyewa orang lain untuk menghabiskan cuti bersama dan menghilangkan kesunyian. Walaupun tidak mempunyai teman istimewa, anda boleh berpura-pura menyambut Hari Kekasih,” kata Meng.
Di Malaysia kalau ada wanita-wanita muda yang membawa lelaki ke rumahnya di kampung, untuk ditunjukkan kepada ibubapa dan kaum keluarganya sebagai bakal pasangan perkahwinannya, adakah itu juga termasuk 'sewa teman lelaki? Sewanya bukan dengan wang, tapi ditukar dengan keseronokan, kebanggaan dan kebebasan dari tradisional budaya? (IH)
No comments:
Post a Comment