ANTARA babak kontroversi Sahara yang menyaksikan Reen yang membawa watak wanita berpurdah berpelukan dengan Ikhwan
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara
semalam tampil membuat permohonan maaf berikutan babak yang didakwa
menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga menyebabkan tayangannya
terpaksa dihentikan di saluran Astro Prima baru-baru ini.
Tindakan itu diambil apabila pelakon lain yang turut membintangi
drama yang ditayangkan di saluran itu menerima tempias dan mendapat
kecaman pelbagai pihak terutama di blog dan laman sosial seperti
Facebook. Pelakon Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl tampil membuat
permohonan maaf secara peribadi tanpa melibatkan pihak produksi atau
stesen televisyen.
“Kami mengharapkan orang ramai berhenti membuat tohmahan dan provokasi di laman sosial.
“Kami memohon maaf sekiranya isu ini mencetuskan kemarahan. Setiap
manusia melakukan kesilapan dan kami mengakui kesilapan kami,” jelas
Arief yang mewakili barisan pelakon drama tersebut pada sidang akhbar di
sini semalam.
Drama tersebut sebelum ini mencetuskan kemarahan apabila terdapat
babak romantis yang melibatkan wanita berpurdah lakonan Reen Rahim
bersama watak yang dilakonkan oleh Ikhwan Khairuddin. Reen sebelum ini telah memohon maaf dengan mendakwa dia tidak berniat mempersendakan agama. Pengarah drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. itu, Dinesh
Samby belum mengeluarkan kenyataan mengenai kontroversi tersebut.
Drama 20 episod itu dihentikan tayangannya sehingga episod ke 15 minggu lalu. Sahara mengisahkan seorang gadis bandar yang liar terpaksa tinggal
di sekolah pondok dan berdepan cabaran menjadi wanita muslimah sebelum
jatuh cinta dengan seorang pelajar di situ. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan pelakon kena minta maaf, tetapi penerbit dan pihak penapis filem yang amat bertanggung jawab.
Inilah peranan baik laman sosial dalam membetulkan masyarakat. Tahniah dan Al-hamdulillah.
4 comments:
itulah jadinya bila Dinesh Samby buat filem bercorak Islam.
pelakun pula orang Islam yg tak faham Islam.
kita pula paham islam pada hukum.
x paham pun apa inti islam sebenarnya.
Kecerendungan menghukum sudah menjadi saripati bagi islam, sedangkan maksud islam itu adalah berserah diri bulat2 KepadaNya..
Andi_Husin February 6, 2013 at 2:12 PM...
Ambo musykil...
Mu pahe ke dop berserah diri bulat-bulat KepadaNya tu gapo dio?
Anon april 11 at 1:52pm,
Kenapa cik anon, anda ingin mengatakan berserah itu adalah dengan melaksanakan hukum2Nya?.mengadili umat2 yang bersalah supaya terima hukuman dari islam dgn adil? atau menegakkan undang2 islam dan hukum2 negara islam seperti terkandung dlm al-Quran?
Cik Anon, Rasulullah saw berdakwah 13 tahun pertama hanya dgn rukun islam 1, 'Menyucap 2 kalimah syahadah',membayar zakat dimulakan setelah 9 tahun pendakwahan Baginda..hanya setelah berhijrah ke Madinah barulah sedikit demi sedikit diserapkan nilai dan hukum2 islam..Kenapa begitu?
Apakah Allah swt bersalah tidak menurunkan hukum islam dan undang2 pada awal pendakwahan rasulullah saw di Makkah?..Bukankah Rasulullah saw menunjukan contoh, apabila hijrah ke madinah, Baginda telah mengislamkan orang2 Ansar..dan apabila majoriti orang2 Ansar memeluk islam,baru Rasulullah sawmenegakkan negara islam dan hukum2nya..kenapa demikian? apakah minoriti yang masih tidak mahu memeluk Islam menerima hukum islam! sudah pasti tidak. Namun kebanyakkan golongan mereka telah masuk islam, mereka terpaksa merelakannya kerana telah menjadi minoriti..
Apakah kita mampu melakukan perkara seperti rasulullah saw,sunnah2nya?..kenapa itu yang xnak di ikut?..Ulama saja banyak berselisih pendapat.setuju dalam paksa, bagaimana mahu terlaksananya pemerintahan islam sprti Rasulullah saw..Inilah retorik namanya..mengklaim untuk Islam atas nama kepentingan lain..
Tunjukkan bukti kita ini mampu bersama2 melakukan pendakwahan dan membuatkan majoriti kelompok bukan islam menjadi minoriti dalam kelompok mereka sendiri, supaya suara penentangan itu kurang dan memudahkan negara islam dan hukum2nya terlaksana..
Bukti usaha ke arah itu pun tidak ada, masakan mengharapkan 'Mudah-mudahan' negara islam itu akan terlaksana..Kalau Rasulullah saw ada future planning, masakan kita tidak ada..hanya harapan yang belum tentu daripada Tuhan sekalian alam..sekian
Post a Comment