Wednesday, February 27, 2013

Fir'aun Pernah Bagi BRIM -A/Hadi. BN Ikut Firaun?


SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sejak tahun lalu, bukan satu perkara baru kerana sejarah telah menunjukkan bahawa ia pernah dipelopori kerajaan Firaun.

"Cerita BR1M bukan cerita baru, sejak zaman Firaun pernah bagi BR1M, Firaun jadikan rakyat ringan akal (diperbodohkan).


"... tanggungjawab kita (pemimpin) untuk bijakkan rakyat bukan diajar menjadi pengemis, mereka (Umno) bukan nak bela rakyat pun,” kata beliau dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini semalam.

Kata Hadi, menerusi manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam, banyak masalah rakyat yang gagal ditangani oleh BN sepanjang lima dekad lalu dapat diatasi.


“Buktikan dahulu kerajaan itu bersih, kita (Pas) perintah Kelantan lebih 20 tahun, walaupun banyak sekatan peruntukan, banyak cabaran tapi kita mampu bersabar.

“... jauh sekali untuk khianat hasil bumi negeri, malah mampu tadbir negeri dengan bersih dan bebas rausah serta salah guna kuasa,” kata beliau sambil memberi amaran kepada Umno-BN bahawa masalah penggangguran yang kian meningkat di negara ini tidak mungkin diselesaikan dengan pemberian insentif terbabit.


Hadi turut menyindir slogan perdana menteri yang dilaungkan ‘Janji Ditepati’ yang tidak bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan kepada mereka sejak 50 tahun lalu tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi rakyat.


“Janji akan ditepati bukan janji 50 tahun, kita tak nak rakyat dihina dan diperkudakan lagi, Buku Jingga selesaikan masalah yang ditinggalkan Kerajaan BN,” tegasnya.


Pada ucaptamanya, Hadi menggariskan lima dasar utama dalam Manifesto PR kali ini yang bertemakan “Pakatan Rakyat Harapan Rakyat”, antaranya perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih. (SH)


Komen Weblog Ibnu HasyimFiraun Pernah Bagi BRIM, jadi BN ikut Fir'aun?

6 comments:

Anonymous said...

zaman firaun ade gak "bantuan rakyat 1 malaysia" ??? Firaun pernah mentadbir malaysia rupenye..hohoho!!!

Anonymous said...

cuba fahami maksud. jangan concrete thingking. jagn2 otak kamu telah diringankan?

Pakcu Rantau Panjang said...

Pakcu terkejut sakan bila Abang Aji samakan BR1M yang kerajaan dok buwi tu sama dengan kerajaan Firaun..ish-ish tajam betul pemikiran abang Aji ni. Kalau macam ni memang layak jadi PM Malaysia.

Nampaknya rakyat yang terima pun samalah dengan rakyat Firaun..termasuk puak PAS sekali terima jugak pitis tu..dasyat tu..abang Aji weh....

Ambo tak sel jadi puak-puak yang suka berkecek seperti Firaun tapi habuk pun tadak..maaf ambo bukan nak tuju ko Abang Aji kerana Abang Aji ahli sufi yang bersih.

Ambo ambil pitis tu kerana sumbangan ihsan kerajaan buat beli buku budak sekolah dan belanja sikit sebab ambo bukan kaya sangat.
Abang Aji ambik ko elaun YB dari kerajaan BN Firaun setiap bulan tu....????

Kalu Abang Aji ambik nampaknya kita pun sama makan upah Kerajaan Firaun. Halal ko tidak???.Harap abang Aji keluar fatwa.....walahualam.

Anonymous said...

Dulu.tun mahathir kata better work with devil that we know than angels tht we dont....pas spin ckp tun m dan tuduh BN syaitan sebagaimana tun m qoute...sekang kena batang hidung sendiri...allah bagi cash....

Tembakau Jawa said...

Nampaknya pengikut firaun ramai kat Malaysia sebab ramai yang ambik BRIM apo nak kato jang oi

Anonymous said...

Aih.. ada jg pak soekarno ringan otak kalian smua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails