Thursday, February 07, 2013

M'sia, Negara Pembekal Pelacur Di Australia?

Wanita Malaysia diherdik jika enggan melacur

KERATAN akhbar Kosmo! keluaran Selasa lalu yang menyiarkan kisah wanita Malaysia jadi hamba seks di Sydney. 

SYDNEY - Seorang wanita dari Malaysia yang dipaksa menjadi pelacur memberitahu sebuah mahkamah Australia bahawa dia diherdik kerana enggan melakukan aksi seks dan dipaksa bekerja 17 jam sehari di sebuah rumah pelacuran di sini, lapor agensi Australian Associated Press semalam.
Mahkamah Daerah Sydney di sini diberitahu semalam bahawa seorang ibu ayam, Wong Chee Mei mengajar wanita tersebut aksi-aksi seks yang perlu dilakukan dan memarahinya selepas seorang pelanggan mengadu dia enggan melakukan beberapa aksi lucah itu.

Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan menjalankan perniagaan melibatkan perkhidmatan seks dan enam pertuduhan mengupah dan mengeksploitasi warga asing dengan melanggar syarat visa mereka.
Mahkamah mendakwa Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko menguruskan rumah pelacuran Diamonds brothel di Willoughby, utara bandar raya ini antara 2008 hingga 2010.

Mahkamah diberitahu, dia mengupah enam wanita berdarah India yang direkrut di Malaysia dan dihantar ke Australia dengan menggunakan visa pelajar untuk menjadi pelacur. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siasat lagi, jangan sampai terbongkar Malaysia menjadi negara pembekal pelacur di Australia atau lain-lain negara lagi. Malu kalau di sebut Malaysia negara Islam maju menjadi contoh kepada negara-negawra umat Islam lain di dunia.

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails