Thursday, February 07, 2013

Paksa Kahwini Perogol, Usaha Burukkan Islam...

FotoGULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.

Dipaksa kahwin perogol
Kabul: Seorang wanita Afghanistan yang dipenjarakan kerana berzina selepas dirogol suami sepupunya kini dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit untuk memulihkan maruah keluarga dan mengelak dipinggir masyarakat.

Gulnaz, 22, berkahwin dengan perogolnya minggu lalu di Kabul selepas dipenjara 13 bulan. Kisah menyayat hati itu menunjukkan nasib dihadapi beribu-ribu wanita Afghanistan tanpa bantuan undang-undang. Gulnaz didapati bersalah kerana “berzina secara paksaan” ekoran serangan kejam pada 2008 yang menyebabkan dia hamil.

Dia dihukum penjara dua tahun, tetapi ditambah kepada 12 tahun selepas dia merayu. Gulnaz melahirkan anak perempuan, Badam Bagh di penjara wanita di Kabul sebelum Presiden Hamid Karzai membebasnya tanpa syarat pada Disember 2011.

Walaupun bebas dari penjara, Gulnaz hidup terpinggir dan miskin kerana semua golongan ibu tanpa suami di Afghanistan dihindari masyarakat dan keluarga sendiri. Dia disarankan menerima syarat perjanjian dan menemui keluarga perogol itu untuk berunding. Ketika tinggal di penjara, dia dilaporkan menggunakan jarum untuk mentatu nama perogol itu di tangannya sebagai tanda cinta.

Perkahwinan mereka disahkan mahkamah keluarga di Kabul Sabtu lalu, tetapi kebanyakan terbabit dalam kes itu bimbang Gulnaz menjalani kehidupan sebagai hamba kerana menjadi isteri kedua lelaki itu. Malah, terdapat kebimbangan bahawa dia mungkin dibunuh untuk memulihkan maruah keluarga perogol itu.

Heather Barr dari Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Afghanistan berkata:
“Saya rasa dia tidak memikirkan mengenai dirinya, tetapi lebih kepada anak perempuannya dan diskriminasi yang perlu dihadapinya.
“Tetapi sukar membayangkan kehidupan menanti mereka adalah indah”
“Gulnaz telah sah menjadi isteri kedua kepada lelaki yang merogolnya.
“Sedihnya terdapat berpuluh-puluh lagi kes seumpamanya dan kerajaan gagal mengambil tindakan serius untuk menanganinya.” - Daily Mail

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berita-berita begini adalah proses mennyerang dan memburuk-burukkan Islam oleh musuh-musuh Islam, terutama di negara yang mereka sendiri musnahkan. Untuk menutupi kejahatan mereka, mereka ciptakan keburukan-keburukan masyarakat yang dikaitkan dengan Islam. Memang haram jadah sungguh!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

Post a Comment