Pulau sepanggar, Kota Kinabalu Sabah
CATATAN SANTAI (Kenangan Perjalanan siri 1)
MEMBACA berita Harakah hari ini (4/2/13), penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN (Barsan Nasional) sekian lama.
Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan BN. Katanya, infrastrukur Pulau Sepanggar tidak dibangunkan dan masjid yang ada juga uzur tanpa dipedulikan oleh kerajaan BN. Lebih teruk, kebajikan penduduk seperti kesihatan juga diabaikan.
Kata berita itu lagi, semalam rombongan PAS yang diketuai Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh telah berkunjung ke Pulau Sepanggar untuk meninjau keadaan penduduk dan menjalin ukhuwah Islam.
“Kami datang memahami masalah mereka dan juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sambutan dan penghayatan kepada Maulidur Rasul,” kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily.
Di dalam lawatan ini juga, Nik Zawawi berkata PAS memberikan pemeriksaan kesihatan percuma. Program kebajikan itu disambut meriah. Hampir semua penduduk Sepanggar hadir dan mereka semua menyokong PAS, katanya. Al-hamdulillah.
Berita ini mencuit kenangn lamaku semasa menziarahi Pulau Sepanggar kira-kira 39 tahun lalu iaitu pada tahun 1984. Waktu itu aku bersama Ustaz Omar Hasyim dan Ustaz Zakairia Al-Ansari dari Kelang. Kami pergi ke negara Brunei Darussalam, atas urusan pembinaan Sekolah agama Ustaz Zakaria di Selangor, pada masa tu.
Selesai tugas, semasa di Labuan, kami berpecah, aku ke Kota Kinabalu, melalui jalan darat. Di Beaufort semasa naik teksi bersama,aku bertemu seorang pelaut dari suku kaum Bajau, berumah dalam laut di pinggir Pulau Sepanggar dalam daerah Kota Kinabau. Dia mengajak aku ke rumahnya untuk melihat kehdupan kaum nelayan Bajau. Aku setuju, bagai orang mengantuk disurungkan bantal.
"Ayuh!",kataku. Namanya Qasim. hampir sebaya umurnya denganku.
Malam itu, aku tidur di rumahnya. Dingin angin malam memamah tubuh kami. Dia, isteri, anak-anaknya masih kecil, dan ayahnya yang sudah tua, kami duduk di anjung terbuka mengadap ke laut lepas, membelakangkan pantai. Terasa gegaran ombak menghempas diri di tiang-tiang dan dinding rumah kayu di dalam air itu.
Di langit, bebintang berkerdipan mengelilingi bulan yang satu, seolah-olah menyambutku sebagai satu-satunya tetamu bidan terjun menziarahi mereka malam itu.
Terngiang-ngiang di telingaku orang tua itu bercerita..
"Kami orang Bajau, dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun.. diiktiraf sebagai penduduk asli antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya.
"Kami bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat, di samping menunggang kuda. Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan, penyelam yang mahir, dan pengutip hasil laut menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dulu." Jelas dia.
Di Sabah, Orang Bajau boleh dibahagikan kepada..
- Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar.
- Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.
Kaum nelayan Bajau, ramai tinggal di daerah Ѕemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah, penternak dan bercucuk tanam. Bajau Кota Вelud pula digelar 'Koboi Sabah' mini, kerana sudah lama terkenal sebagai penunggang kuda yang handal.
Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna pula mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.” Bajau asal daerah Kota Belud dan Tuaran pula dikatakan di kenali di dunia sebagai 'cowboy of the east'. Di samping kecekapan menunggang kuda, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai.
Dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati hingga menjadi tarikan dan cenderahati, yang boleh di beli pengunjung.
Orang Bajau Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi, manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
"Nasi pun sudah turun ke perut, hari sudah larut malam, ayuh, kita tidur!" kata ayah si Qasim kepada kami. Kerana sebentar tadi, kami makan malam bersama-sama. Makan nasi berlaukkan udang besar dan sayur, sedap!
Aku beli udang besar itu sewaktu akan datang, dan singgah di tempat jualan barangan laut, Kota Kinabalu.. Terliur aku, udang besar, segar, baru naik dari laut, sudah tentu manis rasanya.
"Murah!", kataku.
"Murah?" jawab Qasim, sambil geleng kepala. "Walaupun kami anak laut, tapi kami tidak berani makan udang sebesar itu, kalau dapat tangkapan pun, kami jual, kerana harganya sangat mahal.. tidak imbang dengan hasil pendapatan kami."
Kata-kata yang membuat aku termenung diam, begitulah taraf kehidupan kaum nelayan dipinggir Pulau Sepanggar, yang mewakii rata-rata kaum Bajau seluruhnya. Kehidupan masyarakat 'double standart' di Malaysia.
Bersambung, insya Alah. Wassalam.
Lihat sebelum ini..
- Dakwah Islam Di Pulau Kera, NTT Indonesia
- St Helena: Pulau Terpencil Tempat Buangan Napoleon
- Pulau Tristan da Cunha Terpencil Di Dunia
- Video Kampung Muslim Di Pulau N/Komunis..
- Jom Melawat Sebuah Pekan Di Kepulauan Sulu...
- Schiermonnikoog, Pulau Yang Berpindah-pindah?
- Ini Pulau Buatan, Anda Nak Beli?
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
4 Feb 2013
KL
Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
No comments:
Post a Comment