▼
Tuesday, February 19, 2013
Radio Suara Rakyat FM, Radio Internet, Dilancar..
Dr Yunus melancarkan radio Suara Rakyat FM di Dataran Kemerdekaan semalam
SHAH ALAM: Radio Suara Rakyat FM, sebuah radio internet, dilancarkan dengan meriah di Dataran Kemerderkaan dekat sini semalam. Ia disertai 300 buah basikal yang berkonvoi dan 16 buah kereta yang bergerak bersama mengelilingi bandaraya Shah Alam.
Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia Dan Sukan Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi. Radio internet Suara Rakyat FM adalah inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat alternatif. Ia mendapat sokongan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat khasnya Selangor dan Kelantan.
Ia boleh diikuti melalui http://suararakyatfm.blogspot.com/ atau aplikasi Tunein Radio untuk telefon bimbit Android. Harakahdaily sebelum ini menandatangani MoU dengan radio ini untuk membekalkan berita setiap hari kepada radio internet ini.
Konvoi
Program pelancaran yang bermula awal pagi semalam, dimulakan dengan konvoi berbasikal dan kereta yang masing-masing ditampal 'sticker' Radio Suara Rakyat FM. Kemudian konvoi ini bersama-sama dari Dataran Kemerdekaan kemudian bergerak melalui Bukit Cerakah, Batu 3 dan keluar ke Stadium Malawati kemudian balik semula ke Dataran Kemerdekaan kira-kira jam 9.00 pagi.
Konvoi bersama ini disertai keseluruhan ahli jawatankuasa Radio Suara Rakyat dari seluruh negara termasuklah negeri pantai timur. Menurut Ketua Penyelaras Radio Suara Rakyat Ripin Samat, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang memberi sokongan padu kepada satu-satu radio yang menjadi suara rakyat.
Katanya, Radio Suara Rakyat ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa di seluruh DUN Selangor dengan menggunakan aplikasi 'wakie talkie zello' bagi menyampaikan maklumat di setiap pelusuk negeri.
"Banner Radio Suara Rakyat dengan slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' akan diletakkan di setiap pejabat DUN Selangor dengan satu harapan agar maklumat berjaya sampai ke sasarannya," katanya ketika dihubungi.(Hrkh)
No comments:
Post a Comment