Wednesday, February 27, 2013

Remaja M'sia Diserang Pemikiran Songsang Jahiliah

Foto EMPAT terbaik: Daniel Day-Lewis, Jennifer Lawrence, Anne Hathaway dan Christoph Waltz bersama trofi masing-masing.

HALAMAN HIBURAN

My Photo

"PEMIKIRAN remaja Malayisa kini terus dibiarkan diserang oleh pemikiran jahilian ala baru. Media massa negara ini seolah-oah terus dibiar diperalatkan oleh musuh-musuh Islam, bahkan dibajai pemerintah dalam merosakkan akhlak muda-mudinya dan menjauhkan peganut Islam dari agamanya.

Demikian dinyatakan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim hari ini.

"Mungkin ada alasan mereka berbuat begitu, bertujuan untuk melemahkan parti pembangkang atau parti Islam lawan mereka, tetapi mereka perlu sedar, hal itu boleh merosakkan membunuh agama dan pemikiran Islam itu sendiri." katanya.

Contohnya, lihat berita ini, apa faedahnya untuk pembangunan negara, moral dan agama... 

[ Rap Argo, Life of Pi menyerlah. Watak Fantine yang dilakonkan menerusi Les Miserables nyata membawa tuah kepada aktres jelita, Anne Hathaway, 30, apabila sekali lagi diumumkan sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Academy Awards (Oscar) ke-85, yang berlangsung di Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles, semalam.
 
Dua anugerah kategori sama pernah dimenanginya tatkala berlangsungnya Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2013 dan Golden Globe, baru-baru ini.

“Saya cuma berharap suatu hari nanti atau pada masa akan datang, paparan kehidupan Fantine hanya akan ditemui dalam cerita dan tidak berlaku dalam mana-mana kehidupan sebenar,” katanya.

Kemenangan itu membuktikan persembahan lakonan Anne sebagai ibu tunggal yang terpaksa melacur demi kelangsungan hidup anak kecilnya menerusi naskhah novel epik tulisan Victor Hugo itu terlalu handal. 

Babak dia menyanyikan lagu I Dreamed a Dream turut dianggap sebagai babak paling menyentuh perasaan dalam filem Les Miserables.

Anne dilihat sukar digugat mana-mana aktres hebat yang turut bersaing dengannya dalam pelbagai anugerah mengiktiraf penggiat seni yang dianjurkan sepanjang tahun ini...]

"Mereka penghancur agama Islam di negara ini.. secara tidak sedar mungkin.." Jelas Hj Mohd Lagi. "Fikir-fikirlah."

Untuk mengatasinya.. UNDILAH PAS dalam PRU 13 ini! (IH)

Manifesto lengkap PAKATAN HARAPAN RAKYAT di sini..
http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails