Agensi :DUA orang wanita sedang membersihkan bongkah air batu yang bertaburan di sekitar rumah mereka di sini semalam.
ANDHRA PRADESH - Seramai sembilan orang terkorban dalam satu kejadian
ribut hujan air batu yang melanda beberapa buah kampung di selatan
India, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Ribut yang berlangsung selama 20 minit itu memusnahkan tanaman, rumah
dan menyebabkan haiwan ternakan mati. Ia turut memberi implikasi
kewangan yang buruk kepada penduduk terlibat.
Kejadian ribut hujan air batu itu berlaku secara tiba-tiba pada hari
Selasa lalu di tujuh buah kampung. Ia pertama kali berlaku serta memberi
pengalaman berbeza kepada para penduduk di kampung Chevella, Moinabad
dan Shankarpally.
Pengarah Pusat Meteorologi Hyderabad, India, Dr. K. Sitarama berkata,
ribut hujan air batu berlaku disebabkan oleh ribut petir yang kuat. "Kejadian seumpama ini biasanya berlaku di satu-satu kawasan yang kecil sahaja," kata Sitarama. - Agensi
No comments:
Post a Comment