Friday, February 01, 2013

Salon Seks 3 Dlm 1, Mengapa Tak Boleh Hapus?

 Wanita warga asing yang ditahan di salon berkenaan, malam kelmarin.

PUCHONG - Pakej tiga dalam satu. Sambil mencuci rambut, pelanggan turut ditawarkan khidmat urut dan seks. Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mencuci rambut pada harga RM80, pakej urutan badan RM160 atau yang inginkan khidmat seks boleh berunding harga dengan wanita berkenaan.

Taktik licik premis itu berjaya dikesan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang membuat penyamaran selama dua hari sebelum menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Rohan Shah Ahmad berkata, seramai 12 wanita warga asing diberkas di premis terbabit. Menurutnya, kesemua wanita berusia 23 hingga 42 tahun ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Seramai tujuh wanita Vietnam, empat China, dan seorang Thailand ditahan kerana tidak memiliki pasport,” katanya. Rohan Shah berkata, premis yang beroperasi tanpa lesen itu mempunyai beberapa bilik dan turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pagar bahagian tangga serta pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk.

“Seorang penjaga premis yang baru sebulan bekerja bersama empat pelanggan berusia 21 hingga 30 tahun turut ditahan dalam serbuan itu. Kami juga merampas beberapa bungkusan kondom, wang tunai RM1,000 dan minyak urut,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa masalah salon seks dan rumah urut masih belum selesai? Salah satu sebabnya ialah kerana tidak ada undang-undang kesalahan melakukan najis zina. Undang-undang ini perlu dikuatkuasakan seluruh negara, tidak kira warga asing atau warga tempatan. Itulah ibu kepada segala makksiat pusat hiburan, rumah urut, salon rambut dan lain-ain.

Pihak bertanggung jawab (Kerajaan UMNOBN) nampaknya tidak berminat untuk menghapuskan sejak merdeka lagi Berilah peluang kepada PAS untuk menghapusnya pula, melalui memberi undi kepda Pakaran Rakyat dalam PRU 13 ini.  UNDILAH PAS.

3 comments:

Anonymous said...

Bukan ke kerajaan Selangor d bwh PR yg mmerintah skrg?

Anonymous said...

Memang pun. Pakatan cakap macam sial.

Anonymous said...

Kepada Anon-anon February 1, 2013 at 1:16 PM & February 2, 2013 at 2:36 AM...

Memanglah Selangor diperintah PR...

Tapi Jabatan Agama Islam Negeri-negeri tak boleh tangkap orang...

Kalau nak tangkap jugak kenalah ada anggota polis bersama menangkap...

Ingat! Hanya Polis yang boleh tangkap orang...

Itupun Polis cuma boleh tangkap ikut Undang-undang...

Tak boleh sesuka hati nak tangkap orang...

Manakala Undang-undang berkaitan Islam setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia ni mestilah digubal dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing...

Cuma sendiri kena ingatlah...

Undang-undang Negeri akan terbatal secara automatik jika tak selaras dengan Undang-undang Persekutuan...

Ayoyo, ada paham ka adeemanees?

Wallaahu a'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails