LONDON - Seorang penari separuh bogel menghiburkan anggota kumpulan
nyanyian One Direction, Harry Styles sempena ulang tahun
kelahirannya yang ke-19, lapor akhbar The Sun kelmarin. Seorang rakannya dilaporkan mengupah penari itu untuk menari di depan Styles di sebuah bar di sini pada minggu lalu.
Styles menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada Jumaat lalu.
"Dia (penari itu) menanggalkan pakaiannya sehingga menampakkan seluar
dalamnya. Bagaimanapun, terdapat dasar tidak boleh berbogel di bar
itu," katanya.
Kumpulan itu turut dianggotai Liam Payne, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan. - Agensi
No comments:
Post a Comment