Monday, February 04, 2013

Wartawan M'sia Al-Jazeera Tertembak Di Lebanon

Claudia Theophilus
Claudia Theophilus. - Foto ihsan The Star
 
AHLI keluarga serta jiran mengunjungi rumah wartawan Al-Jazeera dari Malaysia, Claudia yang mati tertembak di Taman Bukit Kepayang, Seremban, semalam. 


SEREMBAN - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar mati dipercayai akibat terkena tembakan secara tidak sengaja dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan dekat Beirut, Lebanon kelmarin.

Menurut laporan media di Lebanon, Claudia terkena tembakan ketika dia dan dua orang rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Difahamkan, pihak polis telah menahan kedua-dua rakan Claudia terbabit untuk disoal siasat. Laporan media itu juga menyebut, mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara berkenaan.
Claudia dikatakan berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.

Duta Besar Malaysia di Lebanon, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Lebanon itu.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari selaras senjata api," katanya ketika dihubungi semalam. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails