Sunday, March 17, 2013

Artis Thrash Metal FTG Pula Sertai PAS.


HALAMAN HIBURAN
ARTIS FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
 
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan mereka secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang sudah menerbitkan 12 album bersama FTG.


FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulan yang sama juga mahu menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.

“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.
“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan ‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke-13.

 (IH/JP)

7 comments:

  1. lol..FTG are known anti Govt dari dulu sejak 80an..and we dont care..! Tuan blogeer
    tak tanya ke apa maksud FTG tuh dari
    tuan punya band..Kalu ikut Islam haram guna nama tuh..tak elok
    FTG = FUC' The Govt.alahai..!

    ReplyDelete
  2. hello bro kebebasan telah hilang daaa !!!! kalau nak kira maki dah banyak manusia zaman sekarang maki tuhan dan hina nabi hang tak protes pun!!!!

    ReplyDelete
  3. Yer aku pun ada beli album ftg dan ftg maknanya freedom that gone. Aku salah sorang peminat ftg ni.

    ReplyDelete
  4. u can keep their new album cuz nobody listen to FTG..!Ganggam style lagi best.. kalu sy nk dengar trash metal ganngam pun ada http://www.youtube.com/watch?v=qLH6PidZ-7I 4.5mil views.
    FTG 250 view jerr..lol

    ReplyDelete
  5. aku memang salute la kat bro2 ftg... diaorg memang artis paling berani di malaysia yg menghentam kerajaan terang2 dalam lagu... artis kebanyakan cari makan tunduk puji kat kerajaan tp ftg bagi aku tk da bandingan..

    ReplyDelete