Thursday, March 28, 2013

Bersalin Kulit, Shopping Topshop, Di Tanah Suci..

Surga belanja di tanah suci

SATU hari pada Disember tahun lalu. Fatimah tengah asyik mematut diri di depan cermin dalam Topshop, salah satu kedai berjenama di Kota Makkah, Arab Saudi. Jaraknya tidak sampai seratus meter dari Kabah. Model papan atas Kate Moss menjadi perancang tamu buat koleksi Topshop.

Ibu rumah tangga berusia 20-an tahun ini sedang bingung memutuskan apakah memilih singlet berbahan sutera warna merah muda atau blus berkerah rendah. Dia sibuk mensesuaikan kedua pakaian itu di atas abaya hitamnya itu. Teman perempuannya meminta dia cepet-cepet, sebentar lagi azan berkumandang dari Masjid Al-Haram.

Kad visa kawanya itu dicucuk dulu setelah sesuai dengan jean dan cermin mata gelap. Namun Fatimah masih berat meninggalkan kedai itu lantaran sudah setahun dia menunggu untuk ke sana. "Kedai ini mahu tutup," katanya beralasan, seperti disiarkan  majalah the Atlantic, Selasa minggu lalu. "Kamu boleh salat bila-bila  saja pun."

Makkah kini, memang telah bersalin kulit dan rupa. Dari gurun gersang berdebu kini menjadi syurga berbelanja dan beli-belah. Perubahan itu berlangsung setelah Saudi menjadi anggota WTO (Organisasi Perdagangan Dunia) pada 2008. Jeasnya, Negeria Dua Kota Suci itu mesti membuka peluang investor asing di bidang ritel.

Maka berduyun-duyunlah jenama-jenama kondang di dunia fesyen menghiasi pusat-pusat beli-belah di Makkah. Selain Topshop, Starbucks, The Body Shop, dan Tiffany &Co. Jamaah haji dan umrah kalau memang berfulus tebal dapat menjajal produk kosmetik MAC, parfum VaVaVoom, dan Claire's Accessories. H&M dan Cartier juga bakal menyusul membuka gerai di Makkah.

"Semua jenama terkenal bakal ada di sini," ujar John Sfakianakis, ketua team ekonom SABB (the Saudi Arabia British Bank). Ini merupakan salah satu bank perkreditan terbesar di Saudi. Mereka telah menurunkan USD 30 milion untuk menjadikan Makkah sebagai megapolitan dalam empat tahun ke depan.

Nantinya, 130 gedung pencakar langit baru, termasuk kompleks Abraj al-Bait (terdiri dari tujuh menara). bakal menyelimuti Makkah. Tiap menara terdiri dari 60 tingkat, hotel 2,000 bilik dapat menampung hingga 1,500 orang, dua garasi helikopter, dan mal empat tingkat buat 600 gerai. Alhasil, Paris, Milan, New York, dan Hong Kong bakal kelewat.

Rupanya memang ini tujuan Saudi menjadikan Makkah sebagai megapolitan. "Berhaji merupakan kesempatan baik mengunjungi Makkah dan Madinah, berbelanja, dan melancong," ujar Wakil Menteri urusan Kota dan Desa Habib Zainal Abidin.

Perubahan wajah Makkah menjadi lebih moden dan gemerlap, bakal menggoda niat beribadah umat Islam. Jangankan yang datang dari jauh buat berhaji atau berumrah. Penduduk Saudi macam Fatimah saja terlena berbelanja berbanding salat di tempat paling suci bagi umat Islam itu. Trendi  pakaian lebih memikat hati dari seratus ribu pahala dijanjikan Allah SWT.
 (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails