Sunday, March 10, 2013

China Town Iktiraf Cina K'tan & Bukan Islam

 
 
KOTA BHARU: Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran PAS, mewujudkan kawasan 'China Town' di Jalan Kebun Sultan adalah satu pengiktirafan kepada masyarakat Tioghua yang selama ini hidup harmoni bersama masyarakat Islam lain di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jalan Kebun Sultan yang bermula semalam akan dikenali sebagai 'Jalan Haji Cheng Ho China Town', sejak sekian lama menyaksikan aktiviti masyarakat Tionghua berkembang di situ.

Pengisytiharan jalan itu sebagai China Town katanya sekaligus menaik taraf kawasan itu bukan sahaja sebagai kawasan perniagaan orang Cina malah bakal menjadi pusat pencongan baru bagi negeri itu.

"Program ini dibuat khas sbgai menghargai masyarat Tionghua yang hidup harmoni d negeri ini.
"Sebagaimana di negeri lain yang telah lama wujud China Town, Kelantan juga mahu berbuat demikian. Lagipun Jalan Kebun Sultan ini telah lama hidup aktiviti dari masyarakat Tiongua khususnya dalam perniagaan," katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat peingisytiharan rasmi penukaran nama Jalan Kebun Sultan kepada Jalan Haji Cheng Ho China Town.

Sewaktu peristiharan itu, Tuan Guru meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali ‘Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu.

Walaupun namanya telah ditukar, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya. Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China. Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, perisytiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan menoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam.

“Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,”ujarnya 

Setiausaha DHPP Kelantan parah kemalangan
Sementara itu, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan, Tharuman Arjunam, 35 tidak sedarkan diri akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Beliau (gambar) yang memandu keseorangan pulang ke rumah di Jalan Kubur Kuda, Kota Bharu dipercayai terbabas di Jalan Pasir Mas–Kota Bharu di Salor kira-kira jam 2.30 pagi.

Akibat kemalangan itu beliau tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian. Menurut ayahnya, Arjunam anak lelakinya itu juga patah tangan kiri dan masih tidak sedarkan diri. Kelihatan berada di HUSM isteri dan anggota keluarganya. Beliau bertugas sebagai pegawai penerangan di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN). Turut menziarahinya pagi tadi pegawai dan kakitangan UPKN. Tharuman merupakan pemimpin muda India di Kelantan, aktif dalam kegiatan masyarakat. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

1.tak payahla nak jaga puak kafir tu...puak islam kelantan pun tak terbela.
2.15,000...sambut mat det di pasir mas..40 orang je yang dengar ceramah nik aziz...
3.bagaimana tu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails