GAMBAR menunjukkan hotel yang
didiami seorang pelancong wanita Britain yang bertindak terjun dari
tingkap tingkat dua bagi mengelak dia dirogol di Agra, India semalam.AP
Pelancong wanita terjun hotel takut dirogol
NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat
keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa
pemilik hotel tersebut.
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk
pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran
mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan.
Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut. Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut
di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di
India.
Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut. Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu. Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
No comments:
Post a Comment