Thursday, March 14, 2013

Ganjaran Khas, Wujudkan Taman Perwira -Husam


 












KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, (gambar) berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

“Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.
“Tetapi setakat yang saya dengar dari rakan-rakan tentera allahyarham Farhan tu dia  berpangkat prebet dan baru dinaikkan pangkat kepada koperal selepas kematiannya,”ujarnya selepas menziarahi Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.


Farhan meninggal ketika bertugas di Lahad Datu.
Menurutnya kenaikan pangkat itu begitu rendah serta tidak memadai jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah diberikan. Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

“Saya juga berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memberikan penghargaan yang lebih besar untuk menghargai jasa mereka.
“Kalau setakat prebet dinaikkan pangkat koperal, sedangkan mereka terkorban, saya rasa apa yang mereka dapat itu masih kecil,”ujarnya.

Jadi, tambah Husam lagi, dalam keadaan hari ini begitu sesuai diberikan ganjaran yang munasabah dengan pengorbanan yang diberikan. Jelasnya lagi, berapa ringgit sangat daripada prebet kepada kopral, sedangkan satu nyawa telah terkorban dalam mempertahankan negara.

Katanya, berdasarkan dari situ perlunya ada penghargaan yang lebih besar pada mereka untuk menjadi kenangan sepanjang hayat pada keluarga khususnya dari kerajaan Malaysia.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails