Friday, March 08, 2013

Hari Ini, Polis S/Negara, Terima Jambangan Bunga..


 
KL: Hari ini jam 11 pagi, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di seluruh negara secara serentak akan menerima jambangan bunga hadiah dari Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi berkata semalam, hadiah jambangan bunga tersebut adalah sebagai penghargaan kepada jasa PDRM menjaga keselamatan wanita dan negara.

"Ia juga sebagai manifestasi harapan wanita kepada PDRM agar menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam tanpa campur tangan pihak berkepentingan," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Tambah Aiman, ia juga sebagai tanda sokongan DMPP kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban.

"Ini juga asebagai solidariti muslimat kepada keluarga wira negara khususnya mereka yang terkorban sewaktu mempertahankan negara," katanya.

Acara tersebut akan diadakan secara serentak jam 11 pagi di seluruh negara bertempat di Balai Polis Kontinjen Negeri dan daerah masing-masing. "Kita menyeru muslimat khususnya dari Lajnah Penerangan dan Dakwah di setiap negeri untuk menyampaikan jambangan bunga kepada ketua polis negeri dan daerah masing-masing," katanya.

My Photo
Sementara itu, editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim juga turut berkesenpatan menghadiahkan sekalong ucapan tahniah kepada PDRM, agar terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam, tanpa campur tangan pihak berkepentingan.

"Walaupun dalam beberapa hal, saya tidak sependapat dengan pemerintah kerajaan Barisan Nasional, namun jasa baik dari PDRM tetap saya hargai dan disanjung tinggi. Lebih-lebih lagi  kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban. Takziah kepada kaum keluarga mereka!"

Al-hamdulillah kita semua akan selamat dunia akhirat, insya Allah!  (IH)

4 comments:

  1. kalau aku jadi polis tak hingin pun nak ambil bunga tu. aku cadangkan kalau ambil pun lepas tu pijak2 sampai lunyai...




    sakit hati

    ReplyDelete
  2. itu sbb kau xlayak jadi polis, jadi pencacai je..............

    ReplyDelete
  3. Ibnu hasyim tak payahlah berlebih-lebihan munafik. Dah kamu anggap pasukan keselamatan Malaysia sbgi pengganas, penjenayah, nak ucap penghargaan buat apa. Dah takut kena maki? Kamu pindahlah ke selatan Filipina, kamu pasti aman di sana kerana jiwa, pemikiran dan amalan kamu sama dengan mereka.

    ReplyDelete
  4. hanya monyet sahaja xtau hargai makna hadiah sekuntum bunga sbbtu ada peribahasa spt monyet dpt bunga..kaulah salah sekor monyet tu!Tahniah DMPP

    ReplyDelete