Friday, March 22, 2013

Hasil Hijrah, Yatt Bawa Keluarga Ke Gaza

HALAMAN HIBURAN

PENGHIJRAHAN banyak mengubah keseluruhan hidup pelakon dan pengacara, Haryati Hamzah, 33, atau lebih dikenali sebagai Yatt. Ibu kepada seorang cahaya mata ini kini lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk bertudung.

Yatt berkata, dia berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.

“Selepas mengikuti kelas Usrah Fitrah, banyak mengajar saya pengertian sebenar tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.
“Daripada situ juga, saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat ketika dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,” katanya. Yatt berkata, dia bergiat aktif ke seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta masjid bersama ahli-ahli lain dalam Usrah Fitrah bagi berkongsi ilmu dan penghijrahan mereka.

Dalam pada itu, Yatt sempat berkongsi rancangan murninya untuk ke Gaza pada 25 hingga 1 April ini. Tidak keseorangan, Yatt memberitahu, dia turut membawa keluarganya bersama bagi menjalankan misi kemanusiaan di sana. "Ini kali pertama saya membawa mereka bersama, jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi ALLAH, selamat pergi dan pulang, (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails