Wednesday, March 20, 2013

Hentikan Tekanan Kpd Sulu & BangsaMoro..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

Mengapa Tidak Perlunya Kesultanan Sulu Dan Bangsa Moro Ditekan Kekerasan?
Satu takhta tiga raja
Kesultanan Sulu,menurut Wikipedia bebas, adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah. 

Sejarah.. Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. (Rujuk Naim, Mochtar. Merantau: Causes and Effects of Minangkabau Voluntary Migration, 1971.)  Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu. (Rujuk Cecilio D. Duka, Struggle for Freedom : A Textbook in Philippine History, 2008)


Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.

Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.

Begitulah kira-kira sejarahnya. Jom kita lihat pula sejarah awal perjuangan Islam Bangsa Moro di Selatan Filipina.

Sulu dan Bangsamoro
 
Mujahidin Bangsamoro

Penindasan Bangsamoro, boleh dilihat dari kisah seorang penjejah besar, iaitu Ferdinand Magellan (1480-1521). yang mengelilingi dunia. Dikatakan mereka mengharungi dunia dengan membawa lima kapal, 265 awak-awak/anak kapal selama hampir tiga tahun. Tetapi yang kembali selamat hanya satu kapal, dan 18 anak buah kapal. Ferdinand Magellan sendiri terkorban di tengah perjalanan.

Pada tahun 1509, ekspedisi Ferdinand Magellan sampai di wilayah Nusantara. Ternyata tidak hanya ekspedisi, Ferdinand Magellan juga membawa misi lain, iaitu kolonialisasi Sepanyol dan misi Kristinisasi. Terjadi pertempuran di wilayah Malaka, kerana rakyat menolak kedatangannya. Pada tahun 1521, ekspedisi ini diteruskan dan mereka berjaya menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Proses Kristianisasi dan kolonialisasi langsung terjadi di negara tersebut.

Raja Humabon, bersama rakyat Cebu berjaya dimurtadkan dari agama Islam dan dikristiankan. Bahkan Ferdinand Magellan menggelar rakyat Cebu adalah warga Tuhan Spanyol. Di wilayah Utara proses Kristianisasi terus berlangsung dengan lancarnya. Tapi ketika sampai di wilayah Selatan Kepulauan Filipina, terutama di Mindanao dan Sulu, rakyat yang sebahagian besar telah menjadi Muslim sejak lama memberikan perlawanan sengit meski dengan senjata sederhana.

Program Gold, Glory and Gospel terhenti di wilayah selatan Filipina, seperti Mindanao dan pulau-pulau sekitarnya. Kaum Muslimin melakukan perlawanan dengan gigih dan berani. Jauh sebelum Ferdinand dan penjajah Sepanyol membawa agama Kristian ke negeri ini, hampir sebagian besar penduduk kepulauan Filipina telah mengucapkan dua kalimat syahadat. Jejak keIslaman mereka, hingga kini masih ada dan tidak mampu dihapuskan oleh penjajah. 

Nama ibukota Filipina misalnya, Manila diambil dari kata bahasa Arab, Amanullah yang bererti 'negeri Allah yang aman'. Bahkan di wilayah ini pernah berdiri kerajaan Islam yang bernama Kerajaan Tondo.
 
BangsaMoro adalah pelaut yang hebat

Filipina adalah sebuah negara kepulauan dengan jumlah yang sangat besar. Tidak kurang 7107 pulau berada di dalam teritorial Filipina. Islam telah berkembang di wilayah ini sejak abad ke-14. Ertinya, jauh sebelum masa itu Islam telah sampai dan memberikan sentuhan dakwah pada penduduk setempat. 

Sampai pada satu titik, seorang raja yang sangat ternama di Manguindanao bersyadahat dan memeluk Islam. Kekuasaan raja itu membesar sampai ke Davao, Tenggara Mindanao dan Islam pun kian menyebar sampai ke Pulau Lanao, Zamboanga dan hampir ke seluruh daerah garis pantai kepulauan Filipina.  

Ada juga legenda yang menyebutkan, Islam pertama kali dibawa oleh seorang sufi bernama Karim al-Makdum yang berlayar dengan mangkuk besi, boleh berjalan di atas air dan boleh terbang kerana karomahnya. Sejarah juga mencatat, ulama-ulama Indonesia berperanan besar dalam penyebaran Islam di Filipina. Bahkan disebutkan, seorang pangeran dari Menangkabaw atau Minangkabau bernama Baguinda adalah salah satu pendakwah Islam di wilayah ini, terutama di Sulu, Zamboanga dan Basilan. 

Jadi, tidak hairan jika sampai hari ini kita boleh dapatkan banyak kemiripan antara Indonesia dan Filipina, terutama di wilayah Selatan. Wajah dan postur tubuh, tidak jauh berbeza. Bahasa dan kata, banyak yang sama. Contohnya, untuk hidung, mereka menyebutnya hidung. Telinga bergeser sedikit menjadi inga. Bahkan menggunakan kata yang sama untuk pintu, kanan, murah, mahal, gunting, balai, aku, kita dan masih banyak kata sama lainnya.

Islam pernah menjelma sebagai kekuatan besar di wilayah Filipina, dan diwakili oleh Kesultanan Sulu. Wilayah kekuasaan Sulu membentang dari Mindanao hingga Sabah di Malaysia. Kesultanan Sulu dipimpin oleh Sharif al-Hasyim Syed Abu Bakar yang menikahi putri Raja Baguinda dan kemudian mendapat gelar Paduka Maulana Mahasari. Sejarah Kesultanan Sulu menerangkan, Sharif al-Hasyim masih memiliki darah keturunan Rasulullah dari Bani Hasyim.

Dari wilayah inilah perlawanan berlangsung dengan sengit ketika penjajah Sepanyol menunjukkan kuku dan taringnya. Tidak jauh berbeza dengan yang terjadi di Malaysia dan Indonesia, penjajah Sepanyol memecah belah persatuan umat Islam dan memberikan stigmatisasi yang buruk. Mereka menyebut orang-orang Islam di Filipina Selatan dengan sebutan Moro yang diambil dari kata 'Moor' yang merujuk kaum Muslimin dalam sejarah Perang Salib.

Itu Adalah Islam
Tentera Islam BangsaMoro

Suku-suku diadu domba dengan pengaruh dan kekuasaan. Para Datuk yang menjadi penguasa dirasuah dengan pelbagai keuntungan serta hasutan perang suku. Tetapi ada satu kekuatan yang ternyata mampu menyatukan mereka, dan itu adalah Islam

Agama Islam datang ke Filipina bukan dengan alasan penguasaan dan perampasan kekayaan, tetapi dibawa dengan damai oleh pedagang dan pendakwah. Berbeza dengan Katholik yang disebarkan sebagai tulang punggung penjajahan Sepanyol.

Nama Filipina pun muncul dengan semangat penjajahan. Seorang awak kapal Sepanyol yang bernama Bernardo de la Torre memberi nama kepulauan ini dengan sebutan Filipinas, sebagai penghormatan kepada putra mahkota Sepanyol masa itu yang kelak bergelar Philip II. Kebencian orang-orang Sepanyol kerana  pernah ditakluk di Andalusia, rupanya terbawa sampai ke wilayah Nusantara. 

Bahkan ketika Philip II berkuasa, dalam suratnya yang dikirim untuk Conquisatador Legazpi, Raja Philip II mengizinkan penduduk Muslim diperhamba dan dirampas hartanya. Tindakan  ini hampir merata pada seluruh kepemimpinan Sepanyol di Filipina. Mereka menyebarkan khabar bahwa Islam ini adalah agama bid’ah, Islam adalah ajaran syaitan, kaum Muslimin adalah pembawa wabah penyakit dan lain sebagainya. 

Pendeta Jesuit Pio Pi menggambarkan kaum Muslimin sebagai lanun laut. Bahkan Pendeta Francisco Ducos pendakwah kristian di Illagan mengetuai pasukan tentera dan selama tujuh tahun memerangi penduduk Muslim. Tetapi kekuatan bersenjata Sepanyol yang demikian besar dan motivasi agama yang dikobar-kobarkan serta dicanangkan pemimpin Katholik, tidak mampu menaklukkan wilayah Selatan.

Pertembungan kaum Muslimin yang diketuai oleh Sultan Sulu mampu mempertahankan wilayah ini selama peperangan yang berlangsung hampir tiga abad. Dalam peperangan panjang ini, terjadi solidariti tinggi antara kaum Muslimin di seluruh wilayah Nusantara yang meliputi Indonesia, Malaysia, dan juga Brunei. Bahkan pada era 1638, Kesultanan Makassar dan Ternate berperanan sangat besar dalam memberikan bantuannya kepada kaum Muslimin di Filipina.

Pada tahun 1638, ketika Gabernor Sepanyol, Corcuera menyerbu Sulu, Sultan Sulu yang bernama Raja Bongsu mendapat bantuan kiriman pasukan perajurit-perajurit Makassar yang gagah berani. Raja Bongsu memerintah sejak tahun 1612 dengan gelar Mawallil Wasit, dan sejak awal dia telah mendapat serangan dari Spaniard. Pada tahun 1628 misalnya, 200 perwira Sepanyol dengan 1,600 penduduk setempat yang berhasil dikristiankan menyerang Sulu dengan hebat. 

Tahun 1629, wilayah Sulu direbut antara Camarines, Samar, Leyte, dan Bohol. Pada tahun 1630, kembali Manila Spaniard menyerang, kali ini Jolo menjadi sasaran. Tapi Raja Bongsu berhasil memukul mundur bahkan melukai Lorenzo de Olaso, komandan pasukan dan mereka menarik mundur serangan. Di masa pemerintahan Raja Bongsu inilah terjadi paling banyak peperangan besar antara penjajah Kristian Sepanyol dan Kesultanan Islam Sulu.

Perang Sabil, begitu rakyat Sulu menyebut zaman perang melawan kaum kafir Sepanyol. Hampir sama dengan penyebutan di Aceh, Prang Sabi. Tidak jauh berbeza kerana sesungguhnya bangsa serumpun, satu ikatan, bahkan lebih besar lagi, satu akidah, iaitu Islam. Tetapi nampaknya perjuangan belum selesai setelah Sepanyol berundur dari tanah Filipina. Sepanyol berjaya dikalahkan Amerika dan Sekutunya. 

Dalam Perjanjian Paris yang ditandatangani 10 Desember 1898, Sepanyol menyeranhkan Filipina kepada Amerika dengan $20 juta dolar. Sebenarnya, kelompok-kelompok perlawanan di Filipina pernah mengesahkan kemerdekaan pada 12 Juni 1898, tetapi Amerika menolak dan tidak mengakuinya. Maka sejak 10 Desember 1898, Filipina berganti penjajah baru, iaitu Amerika Syarikat (AS). AS dikecam banyak negara Barat, kerana melanggar Doktrin Monroe yang menentang kolonialisme dan imperalisme. 

Tetapi seperti biasa, AS tidak ambil pusing dengan semua gugatan dunia. Pada tahun 1919, sebuah delegasi pergi ke AS menuntut kemerdekaan untuk Filipina. Namun dengan sombongnya AS mengirimkan The Wood Forbes Mission pada tahun 1922 yang mengatakan, “Filipina belum mampu merdeka.” Pada period berikutnya, Amerika mengalami kekalahan di wilayah Pasifik oleh negara Jepun. Pada tahun 2 Januari 1942, Manila jatuh ke tangan Jepun.

Seperti yang diketahui, kekuasaan Jepun hanya setahun jagung. Akhirnya Jepun telah berjya dikalahkan dan AS masuk kembali ke Filipina. Pada 4 Julai 1946, AS melepaskan Filipina sebagai negeri jajahannya. Meskipun demikian, sampai hari ini AS masih meletakkan penjajahan secara halus dengan cara membangun fasiliti ketenteraan di Filipina. Manuel Quezson menjadi presiden pertama Filipina. 

Hari itu tercatat sebagai hari kemerdekaan Filipina. Tetapi tidak dengan kaum Muslimin di wilayah Selatan, mereka masih terjajah hingga hari ini. Ertinya, kaum Muslimin di Mindanao dan wilayah Selatan Filipina mengalami penjajahan dalam proses yang panjang. Mereka dijajah Sepanyol, lalu AS, setelah itu Jepun dan kembali lagi pada AS. Kini Bangsa Moro dijajah oleh pemerintah Filipina sendiri. Mereka dianiaya, dizalimi, dirampas dan ditindas.

Apakah Malaysia masih mahu meneruskan penekanan kepada BangsaMoro dan perjuangan Islamnya, tidak mahu memiih jalan diplomasi dan perdamaian? Berunding sebelum berlaku isu sekarang dan selepasnya? Ingat jasa-jasa mereka sebagai benteng pertahanan Islam di nusantara. Masih belum lewat.. Kalau dengan bangsa Israel, AS dan jiran bukan Islam masih boleh bertoleransi, mengapa dengan sesama Islam perlu memilih jalan keras?

Bendera Moro Islamic Liberation Front (MILF)

Mujahidin Moro di kem tentera mereka..

Sekian, Wassalam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 

19 Mac 2013
KL


Sila lihat..

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

20 comments:

Anonymous said...

yang mudok setan sulu mai malaysia buat kacau sini ko tak ambik pusing ka, kalau nak perang bebaskan diri diri filipin dulu, ayuh ATM hapuskan puak sulu yang jahat yang menceroboh malaysia, penyokong, pendokong dan pemsimpati mereka, ko plok hasyim baik ko pi duk Jolo sana, join kiram yang bengang

Anonymous said...

Bangang apa si hasyim ni? Yang dok susah payah jadi orang tengah untuk perjanjian damai kat selatan filipina kan Malaysia?

Yang mu dok sokong MNLF kenapa lak? Dulu artikel kata nasionalis tu haram? Doh tu nape tak sokong kerajaan bantu MILF? Kan gerakan Islam tu?

PAS bangang tak sudah..

Anonymous said...

Dok copy paste artikel panjang2 yg mu sendri tak baca habis & tak betul2 faham.

Jamalul kiram III tu bukannya sultan sulu. Org2 dia yg menceroboh tu ATM siap bagi makan lg atas dasar kmanusiaan. Buat rundingan lg utk setel cara baik.

Tapi dibalasnya dgn orang kita dibunuh. Mata dikorek hidup2. Mayat dicincang. Tangan dikelar smpi putus. Doh tu mu nak tentera buat apa? Tersengih je?

Pi hantar unit amal PAS lah kalau dah pandai sgt..

Anonymous said...

Kita kena bertindak bijak jangan sampai kapiaq panggil kita Moor.

Anonymous said...

Kenapa kita Islam dengan Islam nak berperang.kit a sudah berbunuhan sesama agama.pihak kafir filippina syok tengok gelagat kit a.Ada amerika
ambil kesah.Cuba kalau Yang kit a bunuh tu kristian filipina tentulah sabah dah hancur sekarang.sudahlah banyak Yang kit a tidak tahu persengketaan ini.Jalan terbaik, hentikan peperangan.a pa kata kalau Yang mati tu tentera Malaysia atau sulu kedua2nya masuk neraka.puaslah kit a.

Anonymous said...

Abih tu apesal artikel2 si hasyim ni dok hentam Malaysia & sokong filipina?

Boleh sesapa jelaskan?

Ke si hasyim ni sebenarnya agent freemason & zionis?

Anonymous said...

Asalkn UMNO mampus, aku sokong filipina yg kristian tu daripada UMNO kafir!!!!

Anonymous said...

Wahai saudaraku sekalian, marilah kita berfikiran positif,sejarah dari sudut ilmiah ialah penceritaan masa lalu berserta bukti dan fakta. Memang benar kisah bangsamoro ini, cuma masalah yang berlaku sekarang perlu diselesaikan dengan cara bijaksana. Amat merugikan jika sesama Islam berlaku pertumpahan darah. Perlu ada jalan penyelesaian dengan cara baik. Sepatutnya, peperangan perlu dielakkan. Saya faham maksud tuan blogger, cuma penyampaiannya minta kita berfikir sejenak. Mungkin disebabkan marah diatas apa yang berlaku mungkin penyebab kita menidakkan sejarah lalu. Sesungguhnya Sabah,Sarawak dan Seluruh Semenanjung adalah Malaysia. Sekian.

Anonymous said...

kurang akal nampaknya penulis ni...mereka tu kan penceroboh yg zalim...dan tak ada hak keatas sabah...malah keatas kepulauan sulu pun....jangan kerana politik kamu menjadi bodoh dan ingin menjual kedaulatan negara sendiri...adoiiii yaiii..

sandak said...

Apa sebenarnya agenda mamat blog bogel ni? Memberikan sokongan melampau-lampau kepada pengganas-pengganas tu. Saya sendiri berbangsa Suluk. Tapi saya menolak mentah2 perbuatan jenayah mereka. Kami berada di Timur Sabah sangat terasa terancam dengan tindakan para hero kebangaan mamat blog bogel ni... Di bumi manakah kamu mengambikan kesetiaan kamu? Kalau terlalu sayangkan mereka, saya cadangkan pergi tinggal dengan mereka. Ajarlah mereka dengan menggunakan ilmu kamu yg tinggi itu... jangan lupa didik mereka untuk berbogel, supaya kamu dapat menambah koleksi gambar bogel...

Anonymous said...

wallahua'lam...kalau setakat cakap senanglah...sekarang ni maruah negara dah tercalar...siapa nak bela niii

zaman said...

Ini bukti BN tak panai tadbir negara. Mengulangi kesilapan Memali, bunuh sesama Islam dalam negeri.

Kali ini luar negara pula. Dengan Sulu tak mahu runding dari awal. Dg Singapura takut dari awal. Serah puau batu putih. Dan banyak lagi

Tukar saja bn ini dg PR. Parti lain pun boleh perintah lebih baik.

Anonymous said...

Perkara sudah berlaku inilah akibatnya jika seorang pepimpin yang tidak ada pendidikan Agama memimpin dan mentadbir nrgara, mana dia mahu dengar cakap penasihat,apa yang dia hendak buat adalah atas kuasa yang ada padanya asalkan dia jangan hilang kuasa, jika tidak kerana takutkan kehilangan kuasa masakan dengan mudah diberikan kerakyatan negara kepada orang asing yang belum kita tahu kesetiaan dan ktaatan mereka terhadap Negara. Apakah dik kerana kemiskinan dan seagama yang belum tetentu kedudukan sebenar kita boleh dengan mudah diterima sebagai warga negara kita.Fikirlah!!!!!!

Anonymous said...

Tnyala menteri umngok kau tu..hari pertama diorang dtg tu apasal atm x bg masuk..klau tidak dh selesai masaalah

Anonymous said...

Aku betul2 tak paham dengan si hasyim ni. Dia nak kita buat apa? Tengok je bila polis kita kena tembak dgn sniper bila pengganas tu menipu naikkn bendera putih? Biarkn je pengganas tu cincang, cungkil mata & kerat tangan anggota polis kita?

Dah berapa lama kita bagi peluang berunding? Siap huluekn bekalan makann lg supaya pebceroboh tu tak kebulur.

Hasyim ni lupa agaknya Malaysia yg byk bantu MILF buat perdamaian di selatan Filipina.

Malangnya, si hasyim ni sokong filipina pulak. Nilah akibatbya kalau si hasyim ni suka sgt tengok bahan2 porno & bogel..

Anonymous said...

Dgr kabar 6 anggota kita yg terkorban disebbkan ada sorang talibarut brbangsa sulu dan dia juga sorang anggota keselamatan..betul ke? klau betul MASAK

Anonymous said...

Dey hasyim stupid! Atas peranan Malaysia la Filipina akhirnya tunduk utk berdamai dgn MILF yg selama ni dilabel pengganas.

Nurmisuari, rakan baik anwar al-juburi (pinjam ayat mat sabu) yg juga penyokong jamalul kiram III tak puas hati.

Amerika via USS Guardian amik kesempatan. Melalui Suaram jugak, mereka salurkn bantuan hinggakn penceroboh berjaya mendarat.

Get ur fact right ok? Letak gambar last bagi ceramah cam bijak jek. Rupa2nya bangang!

Anonymous said...

Pasal ko bangang x blaja undang2. Kalau ATM masuk secara x langsung kita akan iktiraf depa bodoh! Psl tu PDRM kena handle. Tulah dik baca harakah je kan da jd bangang!!!

Anonymous said...

Apa nk pening2..inilah masaalahnya bila org politik nk tunjuk pandai..bila ATM nk masuk x bg..alasannya geneva konvensyen lah nk runding lah..bila dh terkorban anggota kita ..bleh plak ATM masuk..Al_Fatihah utk anggota kita

Anonymous said...

Terima kasih Madey kutty kerana memberi IC percuma..kalau dh lembu tetap lembu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails