Antaranya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Ekoran kenyataan Musa itu, Tuan Guru Nik Aziz teringat inilah juga tohmahan jahat yang dibuat oleh Umno ketika PAS mula-mula menang di Kelantan pada tahun 1990 lalu.
"Saya membaca kenyataan Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah sebagaimana tuduhan pihak-pihak tertentu.
"Suka untuk saya ingatkan, inilah juga tuduhan yang dilontarkan kepada Kelantan apabila Umno tewas pada tahun 1990, ada yang mendakwa bahawa Kelantan akan bangkrap dalam masa tiga bulan.
"Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Kelantan tidak bangkrap bahkan membangun sebagaimana negeri-negeri yang lain," tulis beliau dalam facebooknya.
Bagi Mursyidul Am PAS itu, itulah juga yang akan berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya, "negara tidak akan bangkrap Insya-Allah.....". Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian. Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.
"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari.
"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, kelmarin.
Menurut Rafizi, manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PR boleh diguna pakai dan tidak menunjukkan akan berdepan masalah negara boleh bankrap atau muflis jika ia dinilai secara objektif dan jujur. Malah kata beliau, jika manifesto PR diteliti sepertimana yang dinilai oleh Musa, yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, ia tidak menunjukkan negara akan muflis.(IH)
No comments:
Post a Comment