BEEGO bersama peguamnya Fakhrul.
HALAMAN HIBURAN
KL: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam diberitahu pelakon dan penyanyi Beego menyewa rumah bersama kakak angkatnya dan seorang lagi kawan lelaki di kondominium di Bukit Antarabangsa.
Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Luqman Ramli, 33, dalam keterangannya berkata, perkara itu diakui sendiri Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah ketika pegawai penguat kuasa JAIS memeriksa rumah sewanya selepas mendapat aduan terdapat perbuatan khalwat di rumah terbabit pada 23 Februari 2011.
Terdahulu, Muhamad Luqman memberitahu dia bersama tiga lagi pegawai penguat kuasa JAIS antaranya dikenali sebagai Ustaz Nazrul Fitri, Hisham dan Kamal serta tiga anggota polis yang menyertai pemeriksaan di rumah itu.
“Ketika sampai di depan pintu rumah itu, kami beri salam dan ketuk pintu. Seorang lelaki (dicam) iaitu Fikry Zainon membuka pintu dan selepas kami perkenalkan diri dia meminta kami tunggu sebentar. Dia kata nak panggil kawan dia buka pintu. Tak lama selepas itu pintu dibuka seorang lelaki lain dan lelaki itu adalah (dicam) Aszerul Nizam.
Begitulah kira-kira..
No comments:
Post a Comment