Thursday, March 28, 2013

K'tan: RM10,000, Kesenian Tak Canggah Syarak



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Pemain dan Pembuat Wau/Layang-Layang Negeri Kelantan (Pelayang). Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan kepada pengerusi persatuan itu, Nik Ariff Nik Hassan. (Gambar atas)

Majlis penyerahan cek itu diadakan sempena majlis meraikan kejuaraan Pelayang Kelantan yang menjuarai pertandingan di Pasir Gudang, Johor kali ke-18 berturut-turut. Takiyuddin berkata, sumbangan sebanyak RM10,000 itu diberikan sebagai geran tahunan untuk persatuan tersebut. Katanya, ianya bertujuan untuk membangkitkan lagi semangat persatuan untuk mencipta imej Kelantan di luar negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada semua pihak yang memperjuangkan kesenian di negeri ini selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak,” ujarnya.

Katanya, kemenangan Pelayang Kelantan mencipta nama dalam kejuaraan itu bukan suatu perkara yang kecil. Tambahnya, sewajarnya ia mendapat penghargaan oleh kerajaan negeri dan rakyat di negeri ini seluruhnya. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails