▼
Sunday, March 24, 2013
Lagi 118 Penduduk Batu Caves Terima Geran Tanah.
KUALA LUMPUR: Penantian penduduk Kampung Nahkoda dan Kampung Melayu Batu Caves Selatan untuk memiliki tanah sejak berpuluh tahun lalu berakhir apabila ia ditunaikan kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
118 orang dari kampung itu semalam menarik nafas lega apabila mereka akhienya mendapat geran tanah dan 18 lagi menerima dokumen tawaran hak milik tanah atau dikenali sebagai Borang 5A. Penyerahan geran dan borang tawaran hak milik itu disempurnakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di majlis Penyerahan Hak Milik Kampung Bendahara dan Penyampaian Notis Borang 5A Kampung Melayu Batu Caves Selatan semalam.
Turut hadir, Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. Pemberian geran itu antara 104,000 kes tanah rakyat Selangor yang dapat diselesaikan oleh Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.
Muhammad Razali Abdullah (kiri) dari Kampung Bendahara nyata gembira dengan harga premium RM 1,000 yang dikenakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Alhamdulillah kami akhirnya dapat hak milik tanah yang selama 20 tahun kami tunggu. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Menteri Besar.
“Kita telah lama menunggu tetapi prosesnya kami tidak mendapat apa-apa berita. Dahulunya kami berjuang untuk mendapat harga premium yang rendah tetapi menunggu lama,” katanya dipetik Selangorku.
Bagi Talib Shaari (kanan) yang juga dari Kampung Bendahara, pelbagai alasan diberikan oleh pentadbiran Umno-BN selain diskriminasi politik yang perlu dihadapi dahulu ketika memohon hakmilik.
“Alasan mungkin politik. Dekat pilihan raya janji, tidak diselesaikan. Setelah Pakatan Rakyat selama lima tahun (mentadbir) perkara ini akhirnya berjaya diselesaikan. Terima kasih banyak-banyak,” katanya dengan nada gembira. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment