Pembunuhan di Memali 1985
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
TERSAYAT hatiku, bila membaca berita, pasukan keselamatan Malaysia membunuh seorang imam atau pemimpin agama Islam di wilayah Semporna, Sabah. Beliau dibunuh bersama empat orang puteranya.
Imam ini dituduh membantu golongan pelarian beberapa orang keponakan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, atau dalam Islam disebut golongan muhajirin atau perghijrah, yang patut ditolong oleh puak-puak Ansar atau penolong terdiri dari rakyat tempatan.
Diberitakan situs ABS-CBN News, peristiwa ini terjadi Sabtu minggu lalu saat pasukan Malaysia tengah menggeledah lokasi, mencari anggota keluarga Kesultanan Sulu. Menurut jurucakap Kesultanan Sulu,
- Abraham Idjirani, yang tengah diburu adalah Datu Alianapia Kiram, adik Sultan,
- dan Datu Amer Bahar Kiram, keponakan Sultan.
Menurut Idjirani, masa itu pasukan Malaysia sedang menggeledah rumah orang-orang awam dan sampai ke kediaman Imam Maas. Kepada pihak polis atau tentera, kata Idjirani, imam ini mengaku telah melayani datu-datu tersebut. Maka Imam Maas dan empat puteranya dilenyapkan.
"Penjahat dalam konflik
ini adalah pemerintah Malaysia. Bukan Kesultanan Sulu yang meningkatkan
koflik, tapi pemerintah Malaysia. Jika polis Malaysia mempunyai
toleransi, belas kasihan, maka mereka tidak akan melakukan tindakan
ini," kata Idjirani.
Seorang imam lain juga dilaporkan luka-luka. Dalam berita lainnya oleh Malaya Business Insight, imam kedua itu tidak luka, tetapi terkorban. Namun, dakwaan Idjirani ini tidak dapat dibuktikan, kerana, tidak ada laporan dari pemerintah Malaysia mengenai hal ini. Situs-situs berita di Malaysia juga tidak memberitakannya.
Idjirani juga mengatakan,rakyat Filipina di Semporna bukanlah ahli pasukan kesultanan pimpinan Agbimuddin, yang sepatutnya mereka tidak boleh diapa-apakan. Katanya juga, kini, banyak orang Sulu yang berangkat dari Basilan, Sulu, Tawi-tawi dan Semenanjung Samboanga telah masuk ke Malaysia.
Mereka, jelasnya telah berada di Sabah dan ikut menyaksikan pemakaman pengikut-pengikut Agbimuddin. Pejabat berita di Mindanao, Minda News, melaporkan mangsa korban mencapai 27 orang.
- Sebanyak 14 di antaranya adalah orang Sulu,
- 7 tentera Malaysia,
- seorang pemilik rumah tempat Agbimuddin tinggal di desa Tanduo,
- dan Imam Maas
- dan 4 putera Imam Maas.
Tertempah Memali 2 di Lahat Datu?
Begitu berita yang ku baca, antaranya di Vivanews Indonesia sedangkan media massa Malaysia, hari-hari menyebut mereka sebagai pengganas atau penceroboh. Hal ini membuat seolah-olah bukan lagi,luka lama berdarah kembali, bahkan ditancap atau diciptakan luka baru di atas luka lama.
Ustaz Ibrahim Libya.
Itulah luka ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah.
Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan. Beberapa anggota Polis Hutan Kerajaan Malaysia mati.(Lihat pengalaman Ibnu Hasyim dalam Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memal...)
Hampir sama dengan peristiwa Lahat Datu ini.. Sama-sama ustaz yang diserang dan dibunuh! Sama-sama dituduh pengganas yang disaluti fitnah. Dilakukan oleh kerajaan sama, yang mengulangi kesilapan sama. Apa bolehkah dipanggil 'Tragedi Memali 2?
Kamu Ibnu Hasyim, lebih rela melihat anggota keselamatan Malaysia dan rakyat Sabah mati daripada melihat kematian pengganas kejam itu. Kamu tidak merasa apa yang kami rasa. Kalau kamu sayang sangat kepada mereka maka berjuanglah kamu secara terang-terangan menentang anggota keselamatan Malaysia dan rakyat Sabah.
ReplyDeleteKamu Ibnu Hasyim, lebih rela melihat anggota keselamatan Malaysia dan rakyat Sabah mati daripada melihat kematian pengganas kejam itu. Kamu tidak merasa apa yang kami rasa. Kalau kamu sayang sangat kepada mereka maka berjuanglah kamu secara terang-terangan menentang anggota keselamatan Malaysia dan rakyat Sabah.
ReplyDeleteItu cakap orang gila..
ReplyDeleteBila berlakunya peristiwa di Lahat Datu, terkenang kembali sejarah & cerita yg lalu di mana antaranya yang paling meyayat hati adalah peristiwa Memali dan salah satu lagi peristiwa yang mana kebanyakan rakyat kelantan tak dapat lupakan bila BN ingin merampas kembali Kelantan dibawah pemerintahan PAS pada tahun 70an.. Jadi tak heranlah kalau peristiwa ini berlaku ada hubung kaitnya dgn kerajaan pemerintah yang busuk, keji lagi haramjadah. UMNO adalah penyangak & lanun berlesen diMalaysia.
ReplyDeleteMewarisi sikap biadap british yang anti islam. Bezanya hanya pada warna kulit... Ini yg buat umat malayu terkeliru. Nama tak dpt disembunyikan punya darah daging british...UNIted malay national organisation. Wahai para illuminat...apakah maksud UNI dalam "UNITED"?!!!!! Pada nama ada makna.......
ReplyDeleteIbnu Hashim, kamu ni tulis bukan2 mcm org tak waras.
ReplyDeleteBtw stop this freaking nonsense ok. Bandits ni yang tembak polis m'sia dulu, kesian polis kena trapped time dtg check rumah di Simunul and sampai 6 org polis kena tembak dan tetak. Aku tahu cerita sebenar sbb aku anak jati semporna.
Pandai2 nak samakan dgn Memali pulak. Senang betulkan kau jadi keyboard warrior?
Btw, kau ni rakyat Malaysia ka Pilak?
-anak semporna.
salam ibnu hashim,..mana bleh tuan anggap penceroboh tu spt kaum muhajirin (" depa tu pengganas, dah tempak polis pun') dr sudut mana kah tuan bleh angkat mereka ke tingkatan kaum muhajirin yang mulia itu.. pengajaran dlm peristiwa hirjahnya kaum muhajirin ke madinah itu perlu kita gunakan pada tempat dan keadaan yang betul kerana itu termasuk dalam sunnah nabi yang mulia, bukan pada penceroboh itu..
ReplyDeleteGila betul manusia nama Ibnu Hashim ni, macamana sampai boleh samakan penceroboh dan pengganas sulu ni dengan kaum Muhajirin? Kamu ni memang sesat lagi menyesatkan. Taksub sangat dengan pahaman politik sampai keluar teori dan idea gila. Kamu ni lagi gila dan bebal dari Tian Chua tu.
ReplyDeleteKeluarga aku di semporna semua lari ketakutan pergi tawau dan kk lepas pengganas ni bunuh anggota polis tu dengan kejam. Geram betul aku baca post kau puji2 penceroboh tak bertamadun dari Sulu ni, diorang dtg Sabah untuk bunuh orang, kau tau tak???
Kalau tak tahu apa2, tak payah nak buat cerita gila mcm ni. Btw, kalau kau nak jadi org "ansar" sambut org "mujahirin" Sulu ni konon2, apa kata kau pergi Lahad Datu sendiri and pergi sambut diorang? Tengok betapa 'friendly' nya diorang bila diorang tetak kau. Bebal.
-Sabahan
Manusia bodoh..snak hashim ni
ReplyDeleteAnak hashim, ana rasa, anta pegilah beli tiket Airasia pegi Tawau, then naik bas mini pegi Semporna dan Lahad Datu.
ReplyDeleteHa kemudian, anta pegilah sambut "Muhajirin" sulu tu, maklulah, anta kan org2 Ansar. Nanti bila 'Muhajirin' sulu ni tetak anta punya ra'sun (kepala), baru padan muka anta.
غبي = bebal.
Ibnu Hasyim ni makin lama makin melalut.
ReplyDeleteSaya rasa betul2 menghina lah post ni samakan penjenayah Sulu di Semporna ni dgn Syuhada Memali.
ReplyDeleteIbnu Hashim tolong delete post kamu ni.
We are a gaggle of volunteers and starting a new scheme in our community.
ReplyDeleteYour website offered us with useful info to work on. You've done a formidable job and our entire community shall be grateful to you.
Also visit my web-site female hair loss treatment
Amender la kau melalut ni Ibn Hasyim...
ReplyDeleteU tulis lagi mcmni i saman u..
ReplyDeleteAKU X SETUJU KO TULIS MCMNI WALOPN AKU PEMBANGKANG,KO P JOIN TENTERA SULU TU KALO KO NK BACKING DORANG SGT.....
ReplyDeleteThe most stupid writing by hamba Hasyim nih..Untuk info sdr Hasyim antara yg mati syahid polis2 kita adalah mereka dan keluarga mereka penyokong kuat pembangkang.malas saya nak sebuat sapa..biarlah roh mereka tenag dan keluarga mereka aman..! U Are So Disgraceful la Ibnu Hasyim.! kalu ibnu Hasyim yg ori Hidup lagi dia akan pancung kepala Hasyim yg jahil nih..!
ReplyDeleteJadilah kamu seorang Silent Majoriti/Pengundi Senyap..mereka yg bole Undi BN/PR dan tak taksub kpd mana2 parti..mereka yang apabila dah habis undi mahu hidup bekerja aman damai dan tunggu next pilihanraya tanpa menabur fitnah sana sini atau upload artikel yg sasau.. Mereka inilah yg lebih dekat kpd Allah dan setia kepada negara..! JADILAH KAMU KHALIFAH BUKANNYA PENGIKUT SASAU..!
ReplyDeletePlease jgn main politik , kes ini kita kena bersatu kerana kita rakyat Malaysia .
ReplyDeleteibnu Hasyim atau ibnu anjing? ini larangan dan tulisan orang gila yang cuba berlagak pandai ..yang ketara hanyalah kebahalolanya!
ReplyDeleteaku doa semoga si hasyim ini mati ditembak pengganas !!
umpama, sebelum kita pukul anjing ... lihat dulu siapa yang melepaskannya?
ReplyDeletesiapa di belakang pengganas Sulu? apa motif mereka mengancam kedaulatan Malaysia? kenapa pilih waktu hampir PRU13?
saya nampak bayang2 Anwar Juburi .. anda bagaimana?
Salam buat Pak Hasyim.
ReplyDeletePakcu sering mengunjungi blog tuan dan blog ampu PR yang lain. Nampaknya kali ini tuan salah "buka dan tutup pintu" jadi jangan salahkan orang kalau ada yang mengigit telinga tuan.
Berkarya kadang-kadang janganlah terlalu taksud mencari keburukkan.Perlu menilai kebaikkan dari keburukan barulah tuan akan disanjung. Istilah Ansar dan Muhajirin yang tuan guna telah tersasar jauh dari erti kata yang sebenar..maafkan Pakcu kerana tumpang sekaki gigit telinga tuan kali ini....
Anon 9:14. Saya nampak jubur mak mu!
ReplyDeletepenulisan bodoh y angs ama dengan tuanya hasyim bodoh tahap gaban, ko lum kenal saper pilak tuh, ko lum tau saper mudok, aku pembangkang gak, tapi dlm hal ni, ayuh tentera mesia hapuskan semua penceroboh, termasuk ko hasyim bodo
ReplyDeleteYang penting bukannya imam dan 4 anaknya dibunuh, tapi KENAPA BERITA NI TAK KELUAR KAT MEDIA MASSA MALAYSIA? Kalau polis mati keluar pulak.
ReplyDeleteIbarat kita ni dah jadi macam orang Amerika, bila terjadi peristiwa 11 September terus salahkan orang Islam, walhal dah berapa banyak resolusi PBB mengenai Palestin yang diveto oleh kerajaan Amerika.
Tak keluar media massa Malaysia? Bukan gambar penceroboh yg mati di Kg Simunul Semporna ni dah berlambak2 disiarkan di The Star, Berita Harian, NST, dan even Malaysia Kini? U tak baca paper punya org ke?
ReplyDeleteImam amendenya, siap pancung dan potong2 angota polis kita. Ada dlm Islam ckp boleh siksa org dan bunuh kejam?
Ibn Hasyim, u mmg giler lah nak samakan ni dgn Memali. Siap Ansar dan Muhajirin lagi. Kau dulu time subject Agama Islam kat sekolah dulu, selalu tido time ustaz mengajar ke? Bebal, sesat dan menyesatkan.
Tengok bila keluarga anggota polis yg dibunuh penceroboh ni baca blog ni, nanti kau jawab sendiri lah k bila muka kau keluar paper popular mcm Tian Chua.
-Sabahan, Malaysian citizen.
Kurang ajar betul Ibn Hasyim ni, kau datang sini lah di Semporna kalau kau berani. Pandai2 ja kau ya samakan dgn Memali, dan apa ni? Kau ckp penceroboh dan pembunuh ni org Muhajirin? Ada org Muhajirin dtg bunuh, seksa, kerat org Ansar di Madinah dulu?
ReplyDeleteImam apa? Ada dlm Islam cakap boleh seksa, kerat2 dan penggal Org Islam lain? Pengganas Sulu ni habis kerjakan anggota polis kita, nah kalau kau paham bahasa Inggeris, baca ni
http://my.news.yahoo.com/bodies-semporna-were-mutilated-confirm-police-043241669.html
ko ni bangang ker..org ckp byk kali pun ko kuar artikel sama gak.cibai la blogger cam ko.muka pun da mcm sulu pengganas
ReplyDeleteAku cdgkn kerajaan bawa geng ckp pandai ni pegi sabah n biar dorg sendiri pilih siapa penceroboh n sapa bukan...pastu tengoklah org yg dia pilih tu betul ke tak? Klu masih ada penceroboh yg terlepas kita tembak sjlah org yg ckp pndai ni!
ReplyDeleteTp aku terfikir 1 menda..dlm keadaan gini xde ke jkk atau penghulu yg bertanggungjawab kumpul ank buah dorg 1 tempt..yg xdikenali bolehlah ditahan! Jkk jgn sibuk teropong pembangkang sj
Assalamualaikum..x payah la politikkan masalah pencerobohan ni..sepatutnya kita bersatu hati menjaga kedaulatan negara. X payah la nak tuduh kat mana2 individu atau parti politik. X malu ka kita kat sini bergaduh sesama sendiri..yang kat luaq dok tepuk tanagan tgk kita..Dalam hati depa mesti kata bodohnya rakyat malaysia ni..mentaliti macam budak2tadika
ReplyDeleteOrg tu bukan imam, dia baru sampai Kg Simunul Semporna ni 1 minggu dari Pilipin dan berlakon macam tahu sikit2 pasal agama. Org2 kampung pun panggil dia imam walaupun mamat ni takder credentials.
ReplyDelete1 week later, diorang pergi serang hendap dan sembelih anggota polis kita. And kamu boleh pulak pangil dia imam dan muhajirin, mmg kamu ni gila meroyan ataupun sakit jiwa.
Btw, Ibnu Hasyim, just tunggu lah bila u kena siasat dan dimalukan mcm Tian Chua nanti. Mmg mendidih hati keluarga pasukan keselamatan dan panas org2 sabah baca artikel bebal ni. Kamu org semenanjung kalu tak lalu peristiwa ni, duduk diam2 lah, tak payah tabur fitnah semata2 sbb fahaman politik kamu.
Assallammuallaikum, setelah membaca komen komen yg ditulis, ana fikir kita rakyat Malaysia ni telah di "brainwash". Kita telah lost all sense of logic and reasoning. Kita membuat komen tanpa menimbang fakta dan juga menghormati orang lain. Kita terlalu emotional. Adakah berita2 mainstream ni boleh dipercayai? Look at the bigger picture, GE13 is coming soon. What did Thatcher do to win the elections? She started the Falklands war. The Royal Navy sank General Belgrano after the war was declared over. Ana mohon ribuan kemaafan tapi kita patut be sensible terutama dalam keadaan sekarang. Ana pun rasa sedih macam mana parajurit kita terkorban dan cedera. Tapi adakah ini salah satu agenda politik? Berdoa lah pada Allah untuk menunjuk kita kejalan yg benar. Wassalam
ReplyDeleteBerita ni logik, sebab mayat2 tersebut tidak kena 'mutilate' macam yang dilakukan oleh pengganas Sulu.
ReplyDeleteApa2 pun, kita tak perlulah taksub membuta tuli kepada pasukan keselamatan negara kita, sebab mereka pun manusia juga dan kita semua bukannya ahli Al-Arqam yang taksub kepada Abuya.