Wednesday, March 20, 2013

Mustahil Pendidikan Percuma, Menteri Jiwa Kerdil.

MOHAMED KHALED (dua dari kanan) diiringi Agos (kanan) bertanyakan sesuatu kepada pengunjung di pejabat PTPTN Selangor di Shah Alam semalam. 


SHAH ALAM - Janji pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 untuk memberi pendidikan percuma dan pemansuhan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sesuatu mustahil untuk dilaksanakan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak RM10.1 bilion lagi perlu ditambah oleh kerajaan daripada RM13.7 bilion yang telah diperuntukkan dalam bajet tahunan sektor pengajian tinggi jika pendidikan percuma mahu dilaksanakan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, RM3.71 bilion bagi menampung keperluan yuran dan elaun sara hidup pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), manakala bakinya untuk menampung yuran penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

"Janji pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN ini sebenarnya tidak lebih janji kosong tanpa mengambil kira pelbagai implikasi yang bakal timbul sama ada dari aspek kemampuan kewangan dan keadilan sosial," katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam perkara-perkara membangun dan membela kepentingan dan kebajikan rakyat, nampaknya menteri BN ini berjiwa kerdil, tentu  berslogankan 'Malaysia Tak Boleh! Menteri pengecut!

Ajar dia, dalam PRU 13 kali ini..  Rudumkan BN!! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails