Friday, March 29, 2013

Parlimen Mungkin Bubar Sendiri -Wan Junaidi:


SHAH ALAM - Semua pihak harus membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh yang ada iaitu sehingga akhir bulan depan sebelum membubarkan Parlimen walaupun ada yang mempersoalkan perkara tersebut.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua pihak seharusnya rasional dan melihat dari sudut lain di mana Najib hanya mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009 iaitu setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

 “Beliau masih belum lagi memberikan perkhidmatan sebagai pemimpin negara sepenuh penggal, hanya tiga tahun lebih sahaja.

“Jika beliau mahu menggunakan lima tahun (penggal penuh) itu sudah tentu tidak boleh. Jadi beliau memerlukan masa lebih panjang untuk melaksanakan dasar-dasar yang dirancang dalam tempoh itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tertinggi itu pada 3 April 2009. Akur dengan batasan masa yang dimiliki Najib ketika ini, Wan Junaidi juga berkata, disebabkan mengambil alih tugas setahun selepas pilihan raya 2008, Najib telah kehilangan masa satu tahun untuk membuktikan kemampuannya.

Tambah beliau, rasional tindakan Najib bagi memberi peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara-perkara besar sehingga menyebabkan beliau terpaksa melanjutkan pembubaran Parlimen ataupun kemungkinan membiarkan ia terbubar dengan sendirinya akhir akhir bulan depan.

“Dalam keadaan sedemikian, ada kemungkinan dalam masa 30 hari Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.
“Saya cukup yakin masih ada perkara besar yang mungkin dianggap tidak dianggap tidak wajar dilaksanakan oleh kerajaan ‘caretaker’ atau kerajaan sementara,” kata wakil rakyat dari Sarawak ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada pembubaran secara automatik harus menjadi amalan selepas ini, Wan Junaidi berkata, apa yang berlaku pada hari ini adalah berbeza dengan perkara yang lalu ataupun pada masa akan datang.

“Pada masa akan datang, sesiapa yang terlantik menjadi Perdana Menteri akan bertugas sepenuh masa bermula selepas penggal pilihan raya selepas.
“Sedangkan, Najib kesuntukan masa dan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur pada masa-masa akan datang atas apa yang berlaku hari ini,” jelasnya lagi. (SH)

4 comments:

Anonymous said...

Ada peluang dilantik semula jika ini jawapan diberi bila tanya, itu bukan alasan untuk tidak dibubar parlimen ,jawatan sebenarnya Najib takut dengan kebangkitan rakyat yang sudah nampak dengan jelas,kegagalan tadbiran yang dijanjikan, melalui NKRA ,Rasuah berleluasa ,samseng UMNO tidak diambil tindak ,pemimpin UMNO rasuah bertaburan SPRM gagal bertindak,kes jenayah berat ketua negara ,peguam negara diam,penceroboh negara MDN kata bukan pengganas hingga matikan rakyat sendiri baru dianggap musuh , projek IC mantan PM 22tahun tidak dipersalahkan sebaliknya DSAI pula dituding sebagai salah ,apakah jenis pentadbir ini ,asyik menyalahkan orang lain saja,dan akhir yang lebih teuk masuk dok mengaku yang UMNO /BN masih mendapat sokongan rakyat,lihat dan tunggu bila PRU 13 nanti,kami akan humbankan UMNO/BN ke lubang biawak bukan lubang kubur.InsyaAlllah Amin!,,,,,,,,,,,,,,

Rianti Mahadewi said...

nice post..


Harga Motor Kawasaki Terbaru 2013
Harga Mobil Toyota terbaru April 2013
Harga Samsung Galaxy terbaru April 2013
Lowongan Kerja April 2013 Surabaya
Cara Menghilangkan Jerawat Secara Alami
Cara Menghilangkan Jerawat

Anonymous said...

Ini cakap-cakap orang yang tak ada semangat demokrasi! Sama juga macam kenyataan pegawai tertinggi SPR yang mengatakan kempen pilihan raya selama 21 hari sebagai membazir! Seolah-olah kuasa pemerintahan negara hanya milik satu pihak semata-mata dan pilihan raya hanya sebagai rutin yang bertujuan untuk mengesahkan kekuasaan mereka, bukan membolehkan rakyat membuat pilihan!

Rianti Mahadewi said...


Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Twitter Followers
Cara memperbanyak Followers Twitter
Beli Like Fanspage Facebook
JuraganFollowers.com

Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Farid's Blog
Artikel Menarik 2013
Info Menarik 2013

Mau Bikin Website + Hosting Murah AbizZ? Ke Rajawebhost.com aja!
Rajawebhost.com
Hosting Murah
Domain Murah

Foto Bugil Pramugari
Foto Bugil Terbaru
Cerita Sex terbaru
Foto Bugil HOT artis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails