London: Walaupun menghabiskan wang sehingga £4,000 (RM18,888) untuk mencantikkan payudaranya, seorang wanita terpaksa berdepan dengan realiti menakutkan. Bagi Lauren Yardley, 25, ia memang pengalaman amat pahit apabila payudaranya tiba-tiba terkoyak dan menyebabkan implan yang dimasukkan ke situ terkeluar.
Kata Lauren, pada awalnya dia mendapatkan khidmat pakar untuk membesarkan payudara daripada saiz A kepada DD. “Saya malu kerana dada saya seperti budak lelaki,” katanya.
Dua bulan selepas memperoleh saiz yang diidamkan, Lauren menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila payudara kanannya lebih besar berbanding kiri. Katanya, payudara itu juga lebih keras daripada sepatutnya. Keadaan itu, katanya, menyebabkan Lauren berasa tidak selesa.
“Apabila dirujuk kepada doktor, saya diberitahu implan berkenaan tidak diterima badan dan pembedahan semula terpaksa dilakukan,” katanya.
Walaupun baru dua bulan, tisu di sekitar implan itu mengetat dan menolaknya ke luar melalui kesan jahitan di bahagian bawah payudara Lauren. Selepas diperiksa, doktor berkata, implan itu tidak boleh dimasukkan semula kerana tubuh Lauren perlukan masa untuk sembuh.
Justeru, Lauren terpaksa hidup dengan payudaranya tidak seimbang selama enam bulan. Disebabkan malu, Lauren - berasal dari Coventry - menggunakan potongan daging ayam untuk dimasukkan ke colinya bagi menyeimbangkan payudara berkenaan sementara menunggu waktu dibedah semula. Hasil pengalaman pahit dan menyakitkan itu, Lauren menasihati wanita lain supaya lebih berhati-hati.
“Saya sendiri tak percaya apabila implan itu mula keluar sedikit demi sedikit dari payudara,” katanya. Ketika diperiksa, doktor sendiri mengakui tidak pernah melihat insiden itu berlaku.
Bagaimanapun, Lauren bersyukur kerana keadaan masih boleh diselamatkan. “Perkara paling menakutkan ialah apabila saya hanya mempunyai satu payudara selama tujuh bulan,” katanya. - The Sun
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awalnya wanita di atas hanya ingin mencantikkan payudaranya. Tetapi setelah menghabiskan banyak wang, rupanya dia terperangkap dan terpaksa berdepan dengan realiti menakutkan seperti diceritakan.
Bagaimana hukumnya jika dipandang dari sudut Islam? Lihat soal-jawab ini.
Soalan:
Saya ada soalan berkenaan pembedahan kosmetik. Ketika kecil, saya ada masalah kesihatan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Hasilnya, payudara saya tidak membesar. Semua kakak dan sepupu saya mempunyai payudara yang normal, tapi saya cuma mempunyai payudara seperti budak kecil, bukannya seorang wanita. Jika saya tiada masalah kesihatan ini, payudara saya sepatutnya normal.
Adakah dibenarkan untuk saya menjalani pembedahan kosmetik untuk membaiki bentuk dan saiz payudara saya supaya kelihatan normal? Perlu dinyatakan bahawa saya tidak merasa seperti seorang wanita kerana payudara saya dan ia menyebabkan tekanan emosi.
Jawapan oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ
Jika payudara seorang
wanita bukan semulajadi menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana
ketidakseimbangan hormon, dia boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk
membesarkan payudara selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada
bahaya demi kesihatannya.
Hal ini perlu dipastikan dengan pakar
perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan. Pembedahan sebegitu
hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk
memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz
asalnya.
Pembesaran payudara
tidak boleh dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah
lagi ia mengubah ciptaan ALLAH lantaran mengikut tanggapan jahil tentang
kecantikan.
Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:
لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا (118)
وَلأُضِلَّنَّهُمْ
وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ
وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ
الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا
مُّبِينًا (119) سورة النساء
- “Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.” [Sûrah al-Nisâ’: 118-119]
- Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas'ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH. [Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.
No comments:
Post a Comment