Thursday, March 21, 2013

Pelakon S/Nadia Yusnita Cederakan B/Suami?

HALAMAN HIBURAN
Foto
SHARIFAH Nadia sebelum dihadapkan 
ke mahkamah, semalam.

Petaling Jaya: Seorang pelakon wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu. Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 33, yang juga orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Mohd Hezri Shaharil.

Pelakon yang pernah membintangi filem Diari Romeo pada 2003 itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan mencakar tangan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40. Perbuatan itu dilakukan di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, dekat sini, jam 10.30 pagi, 25 November 2012.

Bagi perbuatan itu, ibu kepada tiga anak ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (IH/Mymetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails