▼
Tuesday, March 12, 2013
Pembinaan Lebuhraya Rakyat Berjalan Lancar
Tanah hutan mula dibersihkan untuk memberi laluan kepada lebuh raya ini
MACHANG: Awal Febuari lalu kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bermula. Ia bukan gimik seperti pernah diperlekeh sesetengah pihak sebelum ini. Bermula di Bukit Bakar, Dun Kemuning kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan.
Bukan sekadar rakyat yang akan mendapat manfaat, sebaliknya banyak peluang kerja ditawarkan melalui projek ini. Kontraktor tempatan juga berpeluang mengisi tender projek yang ditawarkan. Inilah sejarah baru di Malaysia apabila projek lebuh raya dibina kerajaan negeri, sedangkan di negeri lain di bawah kerajaan persekutuan.
Gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan, Tharuman Arjunam yang masih tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya Menteri Besar meluangkan masa menziarahinya di wad rawatan rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sekembali daripada menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur tengaharisemalam.
No comments:
Post a Comment