PEMANDANGAN di sekitar Kampung
Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu yang menjadi tempat
pengganas Sulu berkubu sekarang. Kedua-dua kampung tersebut
berlatarbelakangkan Laut Sulu yang memisahkan Sabah dengan selatan
Filipina.
LAHAD DATU - Kosmo melaporkan.. Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui
saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan
selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita
bersenjatakan senjata api dan parang pada 4 Mac lalu.
Peristiwa mendebarkan yang menentukan hidup atau mati Hamzah Arsan, 52, itu berlaku pada pukul 8 pagi apabila dua pengganas
wanita memasuki rumahnya ketika insiden pencerobohan di sini yang
bermula pada 12 Februari lalu sampai ke kemuncaknya.
Ini kerana, beberapa hari sebelum itu, seramai lapan anggota pasukan
keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung
Tanduo di sini dan Kampung Srijaya, Semporna manakala musuh yang mati
pula seramai 18 orang.
Difahamkan, pengganas wanita itu digambarkan sebagai berbadan
sederhana, kusut masai, kelaparan, sentiasa menundukkan muka dan hanya
bercakap untuk meminta makanan. Mereka menggunakan bahasa Suluk.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamzah berkata, sebaik sampai, dua
pengganas wanita bersenjatakan parang tersebut terus naik ke rumahnya
mengatakan mereka mahu tidur. (Sumber Kosmo)
No comments:
Post a Comment