Malunya jadi bangsa Umno, GAMBAR ni buktinya...
24 Februari yang lalu , Nong Chik telah dicabar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk berdebat dalam satu 'Debat Perdana' di Lembah Pantai. Sebagaimana yang dijangka Nong Chik juga yang menyerlahkan sikap penakutnya bila tidak muncul hingga berakhir waktu program debat tersebut dijalankan.
Pencacai-pencacainya yang sememangnya tahu akan keupayaan Nong Chik yang tidak punya kemampuan untuk berdebat dengan Nurul Izzah berusaha sedaya upaya untuk menutup malu beliau. Pada sebelah petang sebelum debat tersebut dijangkakan bermula, mereka telah membuat satu laporan Polis terhadap cabaran debat oleh Nurul Izzah itu..
Dakwa mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.
Oleh kerana cabaran Nurul Izzah itu telah menyebabkan kemaluan menimpa Nong Chik, pencacai-pencacainya tidak berdiam diri.. Mereka cuba memalukan Nurul Izzah pula dengan menggantung kain rentang di bawah ini di sebuah jejantas..~ ASD -Diangkat dari Blog shalehudin
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana buah begitulah pohonnya. Buah busuk...
4 comments:
As Salam, saya antara ribuan apa yang dikatakan sebagai pengundi atas pagar. Bila tengok poster spt itu, saya amat bersimpati kpd YB Nurul Izzah yg tidak wajar diaibkan sedemikian rupa. Justru itu selamat tinggal Umno/Bn. Walaupun mungkin satu undi saya tidak bermakna utk Umno/Bn, namun ia amat berharga utk maruah diri saya.
Pegi mampus la lu!
ni mainan org PR laaa....sendiri buat utk tarik simpati....tak payah berlakon laaaa...pengkhianat negara
penulis banner lucah itu ialah syaitan yg mendaftar jd ahli umno
Post a Comment