KL - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu. Beliau berkata demikian dalam biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.
Dalam biografi setebal 180 muka surat itu, Rosmah berkata, beliau
menghadiri sesi berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak
Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006 iaitu hari Altantuya
dibunuh.
"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga tengah malam.
Ada ramai saksi di sana," kata beliau di muka surat 140 dalam
biografinya yang dijual dengan harga RM150.
"Saya takut jika cicak jatuh ke atas saya. Saya juga takut gelap.
Kenapa pula saya nak panjat bukit di tempat pembunuhan?" kata Rosmah
dalam buku tersebut.
Dipetik The Malaysian Insider, Rosmah menambah, beliau "disoal siasat"
selama enam jam di Bukit Aman sebagai respons dari "tuduhan" ke atasnya. Biografi tersebut menceritakan perjalanan hidup Rosmah dari remaja hingga menjadi isteri Najib.
Weblog Ibnu Hasyim ada juga mencatat kisah Rosmah dalam 'E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?' Anda boleh baca secara percuma.. klik gambar ini..
(IH)
Malaih nak baca. Memang bukan dia bunuh ...helo jelah kat org yang 'menurut perintah' suruh bunuh. lagi1 ade dia crita cara2 rampas laki tengku tu. Semah! Semaah!
ReplyDeleteBukan urusan..
ReplyDelete