Thursday, March 21, 2013

Rupanya,K/Militant Kiram, Ahli UMNO& ADO Kudat

Dari Blog Shalehudin:
Fakta sebenar...!!!
Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMNO... ada IC dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kudat... siasat konspirasi ini dulu... baru terlerai segala masalah...

Sebab tu UMNO takut membawa isu Lahad Datu ini ke meja rundingan kerana takut rahsia konspirasi dan Sandiwara mereka terbongkar.. Maka UMNO adalah Pengkhianat Bangsa dan Negara..
*****************************
PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat
Rafizi Ramli
PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

 Bergambar bersama PM Najib

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi. PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941. Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut. Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.~ SH

5 comments:

  1. Get ur fact right ok?

    tahun 1974, UMNO belum wujud pun kat Sabah. Tu zaman Tun Razak weh! Dr. M pun belum jadi PM lagi zaman tu.

    Lepas ni nak fitnah apa pulak? Jamalul Kiram III pernah jadi SUK Sabah?

    Hasyim, Hasyim.. Mudah betul ko kena tipu. Patutlah orang2 PAS mudah kena main dgn DAP..

    ReplyDelete
  2. Tu zaman bapak kpd PM sekarang.

    ReplyDelete
  3. UMNO wujud tahun 1946. Sabah masuk M'sia tahun 60an. Ramai rakyat asal Sabah yang jadi ahli UMNO termasuk parti karibya USNO, pada masa itu.

    Mu tak blajar sejarah ke? Warga Sabah Sulu sering hadir mesyuarat agung UMNO di KL.

    ReplyDelete
  4. rupanya asal UMNO sabah ni adalah dari keturunan SULU.. nak kalahkah PBS punya pasal la ni.. sekarang projek IC dah tunjukkan akibatnya.. tiada pengkhianatan yg paling besar selain beri IC pada pendatang asing yang kemudiannya menjadi tuan ditanah sendiri kesian penduduk sabah,

    ReplyDelete