PASIR GUDANG – Selebriti dan pelakon yang sedang giat menyertai ceramah
di atas pentas Pakatan Rakyat (PR), Abby Abadi, menyelar golongan artis
yang menyokong Umno yang disifatkan sebagai hanya menjaga periuk nasi
semata-mata.
Berceramah di Permas Jaya, di sini, malam kelmarin, beliau turut
menyifatkan artis pada masa kini sebagai kurang peka terhadap
perkembangan politik negara. Dakwanya, golongan artis terpaksa menyokong Umno kerana percaya rezeki berada di tangan parti yang dianggap keramat itu.
“Artis dipanggil ke program Umno sekadar untuk menarik orang ramai dan
menghiburkan rakyat. Sedangkan tidak pernah diberi peluang bercakap
mengenai politik di atas pentas kerana tidak diberi pendedahan.
“Situasi ini menjadi cabaran kepada saya untuk mentarbiah kawan-kawan kerana mereka menyokong Umno.
"Pada mereka kalau tak sokong Umno mereka tak ada ‘job’,” katanya yang
mengakui tidak pernah mengundi dan percaya ramai rakan artis juga gagal
berbuat demikian kerana tidak diberi pendedahan. (IH/SH)
Zed "Dagu Besar" Zaidi...
ReplyDeleteMamat Dagu Besar ni sah2 cari makan dgn UMNO...
Teringin pangkat Datuk kott?
Layak ka ko Zed?
Business Minyak Dagu lagi laku ko Zed....