Tuesday, March 19, 2013

'Syahid Akhirat Shj' PM Rendahkan Wira Negara.



KL: Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menegaskan bahawa para perajurit kita adalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.
 

Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulama.

Demikian menurut Harakah.
 Ustaz Harun
Harun Taib Sementara di Kuala Terengganu, menurut Sinar Harian, Ketua Dewan Ulama tersebut menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Ustaz Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, Terengganu. (IH)

2 comments:

Rakyat Pakatan said...

Orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum dunia dan Akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat. Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT. Ia juga selamat dari soal kubur. Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan lain-lain.
Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah. Wallahualam.

Anonymous said...

T.asih, jelasan tuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails