Sunday, March 10, 2013

Terbongkar Lagi, Mafia Politik IC Di Sabah, Nii..



SAKSIKAN VIDEOKLIP KHAS
PATI : MAFIA POLITIK DI SABAH? 
PATI paling kebal undang-undang, Arsad Alwi masih lagi bertugas di SMK Balung serta menerima gaji penuh walaupun namanya telah disahkan sebagai tidak wujud dalam sistem JPN.


Bahkan beliau semakin galak mempersendakan undang-undang Malaysia setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berani mengambil sebarang tindakan ke atasnya.
Slip gaji berikut membuktikan Arsad Alwi masih menerima gaji dan masih lagi berkhidmat di SMK Balung kerana tiada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan memiliki IC Palsu setelah pemilik asal dan beberapa pihak membuat puluhan laporan polis.

Kes Arsad ini menunjukkan satu lagi kepincangan kerajaan BN dalam menguruskan isu pemalsuan dokumen sekalipun RCI sudah dilancarkan dan pelbagai pihak telah memberikan keterangan.


Semoga insiden Tanduo menjadi pengajaran kepada kerajaan yang selama ini cuai menjaga perbatasan negara sekalipun pasukan keselamatan kita dilengkapi dengan persenjataan canggih tetapi masih cuai menjaga kedaulatan negara sehingga mengorbankan jiwa perajurit yang tidak berdosa.

Bolosnya 'Kedaulatan' ini akibat daripada sikap tidak amanah mereka yang memberikan Mykad dan membuka pintu seluasnya kepada PATI untuk masuk dan menjadi koloni yang kemudiannya menjadi tapak pembiakan kegiatan keganasan di Sabah.

Lebih daripada itu, ramai PATI yang mengklon kad pengenalan Anak Negeri Sabah dan hidup senang lenang di atas penderitaan orang lain. Video ini adalah paparan sebenar penderitaan Anak Negeri Sabah di ambang RCI yang semakin pudar. [Amaran : bahagian awal video ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Video ini juga boleh ditonton dalam bentuk kualiti HD]
(Diangkat dari http://sabahkini.net)   
Tumbangkan BN segera dengan undi anda! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails