PIHAK berwajib kena jawab, mengapa berlaku 3 perkara ini?
Gambar komando-komando Malaysia yang terbunuh..
AL
FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud
(47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan
mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh
bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin
akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg
Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak
Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian
perwira.
Gambar Terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat
Kronologi Penceroboh Di Lahad Datu.
Penceroboh Bersenjata Terbunuh |
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:-
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari –
Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan
tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis
mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api
berkampung di Kampung Tandou.
12
Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di
kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di
kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14
Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui
perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir
mereka keluar dari kawasan itu.
1
Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah
mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai
Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan
Filipina.
Ismail
berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar
Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu
dihantar pulang ke negara asal.
Ismail
berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi
mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan
darah.
14
Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang
merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram
sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan
pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16
Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas
sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di
Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan
itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara
lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana
sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18
Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia
akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24
Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi
kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30
pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari
lalu.
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28
Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus
dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik
perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih
tiga minggu.
Gesaan
tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera
diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1
Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan
kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada
kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan
keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
17 comments:
[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#muyhy]buy cialis[/url] - buy cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#nmkgf buy cheap cialis
[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#pnwrl]buy cheap cialis[/url] - buy cialis , http://buycialispremiumpharmacy.com/#hbqkb generic cialis
[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#crqhi]buy viagra online[/url] - viagra online , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#pzwvh buy viagra
[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#hlxti]buy viagra online[/url] - buy viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#agzte buy cheap viagra
Aku kecewa dengan Perisikan ATM dan Special Branch PDRM, kenapa pengesanan awal tidak berlaku sehingga penceroboh boleh masuk ke negara ini. Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ATM dan Ketua Cawangan Khas PDRM perlu bertanggungjawab dan LETAK JAWATAN..
Ahmad Malandi ini ialah ketua cawangan umno di lahad datu..
Kalau korang x tau apa2 baik diam je..jgn nk memandai2 buat crita 2 org yg terkorban 2 ada lah sahabat aku.
[url=http://viagraboutiqueone.com/#gvdnr]viagra 100 mg[/url] - cheap generic viagra , http://viagraboutiqueone.com/#uqzzi viagra online
[url=http://buyonlineaccutanenow.com/#hnopj]accutane online[/url] - accutane 5 mg , http://buyonlineaccutanenow.com/#eilgb accutane 30 mg
[url=http://viagraboutiqueone.com/#vyczg]buy viagra[/url] - viagra 200 mg , http://viagraboutiqueone.com/#vusmx viagra 150 mg
[url=http://buyonlineaccutanenow.com/#hkmnl]cheap generic accutane[/url] - generic accutane , http://buyonlineaccutanenow.com/#soyjv accutane online
[url=http://viagraboutiqueone.com/#fntre]viagra online without prescription[/url] - viagra 150 mg , http://viagraboutiqueone.com/#nckfc viagra 120 mg
[url=http://buyonlineaccutanenow.com/#wccbn]cheap accutane[/url] - accutane no prescription , http://buyonlineaccutanenow.com/#urzbg accutane 30 mg
Great Comment and Great Post , blog , you can see my sit if you want ;thank alot top gol.
Great Comment and Great Post , blog , you can see my sit if you want ;thank alot top hotel.
Great Comment and Great Post , blog , you can see my sit if you want ;thank alot Business Directory.
Post a Comment