Aishah
Demikian menurut calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah. Aishah bakal berdepan saingannya yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN Parlimen Jempol.
Walaupun mengakui dirinya kurang pengalaman, namun Aishah yakin beliau mempunyai cara tersendiri untuk memenangi hati masyarakat kawasan tersebut.
“Jika ada orang pertikai golongan artis tidak berpengalaman, siapa di antara kita yang benar-benar ada pengalaman?
"Kita kena akui industri hiburan memberi pengaruh besar kepada masyarakat. Jadi medium seni sebenarnya adalah medium yang efektif untuk menyampaikan mesej yang baik," katanya.
Menurutnya, cara beliau juga pasti lebih dekat di hati pengundi kerana menggunakan kaedah beri 'kail'. "Untuk mengatasi kemiskinan penduduk, kita bukan bantu dengan bagi duit sahaja, tetapi perlu ada pelan pembangunan agar rakyat berdikari dan boleh menjana pendapatan sendiri,” katanya. (SH)

Untuk maklumat, hospital Rembau ini hanya akan mula dibina dalam tempoh 3 tahun dari sekarang walaupun majlis perletakan batu asasnya telah dibuat lebih 5 tahun yang lalu. Gambar papan tanda lama dan papan tanda baru cadangan projek hospital Rembau di rembau-hari-ini.blogspot.com" (IH)
No comments:
Post a Comment