Friday, April 12, 2013

Ada Sendiket Judi PRU Pula! Kerana Guru Kencing Berdiri...


Kuala Lumpur: Belum pun hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung, polis mengesan sindiket perjudian haram membabitkan pertaruhan pilihan raya dengan menumpaskan sindiket di Bentong, Pahang semalam.

Bertindak hasil maklumat awam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman menahan seorang lelaki dan wanita dalam serbuan di sebuah rumah kedai dipercayai sedang mengendalikan wang pertaruhan.

Ketua Penolong Pengarahnya Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam serbuan itu juga polis turut menahan tiga lelaki yang dipercayai kaki judi serta merampas wang pertaruhan kira-kira RM619, telefon bimbit serta kertas pertaruhan.



“Kelima-lima suspek berusia 40 dan 50-an itu kini ditahan dan pihak polis tidak menolak kemungkinan sindiket perjudian cuba menghidupkan kembali pertaruhan menjelang penamaan calon 20 April ini,” katanya. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muncul sendiket 'Judi PRU' pulak. Nak buat macam mana, kerajaan Malaysia pun jadi taukeh judi. Mana boleh kurang kerana ada 'judi haram' dan ada 'judi halal', yang sah dari sudut perundangan kerajaan, bukan dari sudut hukum Allah SWT.

Guru kencing berdiri, murid kencing lari pecut!! Hah ha haa.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails