Tuesday, April 09, 2013

A/Hadi: Negara Berkebajikan Boleh Elak ..L/Datu

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) yakin insiden-insiden seperti Lahad Datu boleh dielakkan jika pemerintah mengamalkan konsep Negara Berkebajikan. Jelas Hadi, kegagalan kerajaan memastikan nasib rakyat di Sabah terbela dan layanan baik diberikan kepada pelarian di negeri itu boleh mengelakkan kejadian berdarah itu.
"Mengapa boleh berlaku peristiwa Sulu yang menyayat hati? "Ini kerana tidak ada kebajikan, rakyat dalam negeri tidak ada  kebajikan," katanya sambil menambah perlindungan juga sepatutnya diberikan kepada pelarian-pelarian yang memasuki negara ini.

Hadi mengetengahkan konsep Negara Berkebajikan buat kali pertama dalam ucapan dasar Muktamar Pas 2011. Pas juga  menekankan perkara itu dalam manifesto PRU 2008 parti itu. Tegas Hadi, jika kerajaan dapat memastikan penempatan di Sabah itu tersusun di samping menyantuni pelarian di negeri itu,  kejadian berdarah yang mengorbankan sepuluh nyawa anggota keselamatan negara itu dapat dielakkan.

"Ini sudah 40 tahun lebih mencapai kemerdekaan, masih dalam rumah air lagi. Maka timbullah masalah sosial. "Kehidupan yang  tidak mencukupi boleh melahirkan perompak, lanun, melahirkan perasaan marah dan permusuhan antara satu sama lain," jelas beliau pada program Bicara Minda & Sesi Dialog anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Program kali ini mengupas tajuk "Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti". Menurut Hadi lagi, beliau yakin sekiranya konsep Negara Berkebajikan dilaksanakan, masalah-masalah seperti ini dapat dielakkan.

"Penduduk tempatan sendiri duduk atas air, padahal tanah di Sabah itu banyak lagi, patutnya berilah tanah pertanian dan tempat  berniaga.
"Kalau kebajikan dilaksanakan, masalah kemanusiaan diatasi, sepatutnya Islam menjadi agama persekutuan, kita tonjolkanlah  ajaran Islam kepada mereka," katanya. 
  
Video:...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails