"Mengapa boleh berlaku peristiwa Sulu yang menyayat hati? "Ini kerana tidak ada kebajikan, rakyat dalam negeri tidak ada kebajikan," katanya sambil menambah perlindungan juga sepatutnya diberikan kepada pelarian-pelarian yang memasuki negara ini.
Hadi mengetengahkan konsep Negara Berkebajikan buat kali pertama dalam ucapan dasar Muktamar Pas 2011. Pas juga menekankan perkara itu dalam manifesto PRU 2008 parti itu. Tegas Hadi, jika kerajaan dapat memastikan penempatan di Sabah itu tersusun di samping menyantuni pelarian di negeri itu, kejadian berdarah yang mengorbankan sepuluh nyawa anggota keselamatan negara itu dapat dielakkan.
"Ini sudah 40 tahun lebih mencapai kemerdekaan, masih dalam rumah air lagi. Maka timbullah masalah sosial. "Kehidupan yang tidak mencukupi boleh melahirkan perompak, lanun, melahirkan perasaan marah dan permusuhan antara satu sama lain," jelas beliau pada program Bicara Minda & Sesi Dialog anjuran Sinar Harian di sini, semalam.
Program kali ini mengupas tajuk "Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti". Menurut Hadi lagi, beliau yakin sekiranya konsep Negara Berkebajikan dilaksanakan, masalah-masalah seperti ini dapat dielakkan.
"Penduduk tempatan sendiri duduk atas air, padahal tanah di Sabah itu banyak lagi, patutnya berilah tanah pertanian dan tempat berniaga.
"Kalau kebajikan dilaksanakan, masalah kemanusiaan diatasi, sepatutnya Islam menjadi agama persekutuan, kita tonjolkanlah ajaran Islam kepada mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment